HARI KEENAM

- Catatan bertarikh 12 Julai, Jumaat, 8.43 malam (waktu Meyrin, Switzerland)

MACAM biasa di mulakan dengan sesi lecture. Kali nie pasal aplikasi Particle Physics dalam perubatan dan info pasal CMS.

Yang lagi bestnya sebab berpeluang sendiri untuk lihat CMS, Compact Muon Solenoid yang merupakan salah satu daripada detector dan komponen utama yang ada dalam jaringan CERN. Satu lagi detector yang famous, nama dia ATLAS.

So apa yang diorang nak detect?

Iaitu, partikel yang mungkin terhasil daripada perlanggaran proton dengan proton. Dan bila bercakap pasal partikel yang terhasil nih dia sampai ke tahap yang kita pun mungkin tak pernah dengar nama dia. Lebih kecil dari proton, elektron dan neutron.

Melihat sendiri alat yang mereka bina nie, rasa macam canggih sangat teknologi mereka. Kagum sungguh!

#CMSexperiment @ CMS Centre

Sumber: Facebook Norhailmi Abdul Mutalib

ARTIKEL BERKAITAN:

Cikgu Norhailmi, guru Malaysia pertama ikuti High School Teacher Programme 2019 tiba di Geneva

Hari pertama Cikgu Hailmi di CERN, Geneva - 'Kami dibawa melawat CERN' (6 foto)

Hari kedua - Jeff Wiener terangkan program guru CERN, peserta teruja lihat Syncho Cyclotron (7 foto)

Hari ketiga belajar pengenalan Particle Physics buat Cikgu Hailmi makin bersemangat (4 foto)

'Industri dan pusat penyelidikan kita kena tiru apa yang CERN buat' - Hari keempat Cikgu Hailmi

Hari kelima: Cikgu Hailmi teroka ilmu baharu yang mengujakan (6 foto)