HARI KELIMA

- Catatan bertarikh 12 Julai, Jumaat, 7.38 pagi (waktu Meyrin, Switzerland)

HARI ni lebih santai sikit. Sebelah paginya ada sesi lecture, sebelah petangnya sesi lawatan dan hands on.

Untuk lecture, mula dengan Particle Detectors dan juga cerita pasal Higgs Boson.

Masuk dah beberapa hari nih alhamdulillah dah boleh tangkap banyak lah jugak benda-benda pasal Particle Physics nih. Terms yang macam accelerator, detector, quark, muon, boson dan lain-lain tu. So yang target nak datang next year tu dah boleh start study benda-benda nih.

Sebelah petang plak kami melawat Globe, tempat pameran untuk CERN dengan bentuk bulat tu. Banyak maklumat menarik dan dipersembahkan dengan sangat baik.

Ramai family datang dengan anak kecik walaupun kita rasa bidang ilmu nih advance sangat untuk budak-budak. Tapi sebenarnya diorang OK jer.

Yang best hari nih sebab dapat belajar buat Cloud Chamber sendiri. Cloud Chamber nie adalah device paling mudah nak detect particles yang ada sekeliling kita, macam sinar alfa, beta, elektron etc. Mudah giler. Hanya guna bekas, dry ice dan alkohol. Dah dapat. Yang nih nanti abam share kaedah dia. Wat Pameran masa Minggu Sains nih best nih.

Ada satu lagi kejutan, yang merupakan highlight untuk hari nih. Sekejap lagi abam share yer. Tak sangka sangat tau! @ CERN

Sumber: Facebook Norhailmi Abdul Mutalib

ARTIKEL BERKAITAN:

Cikgu Norhailmi, guru Malaysia pertama ikuti High School Teacher Programme 2019 tiba di Geneva

Hari pertama Cikgu Hailmi di CERN, Geneva - 'Kami dibawa melawat CERN' (6 foto)

Hari kedua - Jeff Wiener terangkan program guru CERN, peserta teruja lihat Syncho Cyclotron (7 foto)

Hari ketiga belajar pengenalan Particle Physics buat Cikgu Hailmi makin bersemangat (4 foto)

'Industri dan pusat penyelidikan kita kena tiru apa yang CERN buat' - Hari keempat Cikgu Hailmi