HARI KETIGA

- Catatan bertarikh 9 Julai, Selasa, 10.49 malam (waktu Meyrin, Switzerland)

HARI nie pula pengisian dia banyak lectures. Macam yang Jeff, koordinator program nie sebut, CERN bukan cuma nak bagi Content Knowledge atau Pedagogical Knowledge saja. Tapi untuk jadi guru yang lebih baik, kursus nie kena ada Pedagogical Content Knowledge.

So, bermulalah sesi pengenalan untuk Particle Physics dan Particle Accelerators. Berdengung weyh nak faham. Tapi abam boleh simpulkan, mudah camni je dulu.

Kita tahu atom kan? Atom ada proton, neutron dan elektron. Tapi dalam particle physics dia ada sub unit lagi yang membentuk setiap satu tadi. Contoh macam quark, boson etc.

Tapi untuk eksperimen, dia nak amik proton saja. Yang mana proton tadi diasingkan, dipecutkan, dan dilanggarkan sesama proton. Impaknya tadi, dikaji. Fuhhh.. Faham dak?

Sesi kedua lagi pening. Tapi suka tengok lecturers depa yang muda-muda dan gila-gila dengan gaya mereka sendiri. Susah nak cari kat Malaysia yang sempoi dan tak skema camtuh rasanya.

Tapi bila part mengajar tu, dahsyat sangat ilmunya. Nampak passion dia dengan ilmu dan kepakaran yang dia ada.

Sesi akhir plak, dengan nama First Questions & First Answers. Unik sungguh. Lecturer dok depan, pastu sapa nak tanya apa pun semua dia jawab terus kat situ. Takdak dah dok bentang-bentang ka apa. Best dan boleh praktik.

Uniknya kat CERN nie, dari semalam dah lima lecturers, takdak satu pun lagi yang datang dari negara yang sama! Saya doa supaya suatu hari nanti pun ada lecturer dari Malaysia yang boleh buat perkongsian macam ni jugak. Amin.

Lepas dah selesai semua kami pergi bowling ramai-ramai. So dikumpulkan dalam Focus Group masing-masing dengan team saya ada guru dari Australia, Greece, Slovakia dan Kuwait. Dah happy semua makan pizza sama-sama. Untuk Muslim ada pizza veggie disediakan. @ CERN.

Sumber: Facebook Norhailmi Abdul Mutalib

ARTIKEL BERKAITAN:

Hari pertama Cikgu Hailmi di CERN, Geneva - 'Kami dibawa melawat CERN' (6 foto)

Hari kedua - Jeff Wiener terangkan program guru CERN, peserta teruja lihat Syncho Cyclotron (7 foto)

Cikgu Norhailmi, guru Malaysia pertama ikuti High School Teacher Programme 2019 tiba di Geneva

ARTIKEL MENARIK:

Cikgu Louis buat simulasi arkeologi tarik murid minat Sejarah hingga mereka tak sabar tunggu kelas

UPSR dah dekat...Ini kami kongsi 10 tip Skor A Sains UPSR