IKON Guru STEM Malaysia 2017, Norhailmi Abdul Mutalib atau Cikgu Hailmi berkongsi sedikit catatan menerusi facebook, Norhailmi Abdul Mutalib, berkenaan aktiviti pada hari pertama di Geneva, Switzerland.

Catatan pendek bertarikh 8 Julai, Isnin, 10.52 pagi (waktu Meyrin, Switzerland) itu telah mendapat 46 komen daripada kenalannya.

Rata-ratanya mendoakan latihan High School Teacher Programme 2019, di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), di Geneva, Switzerland yang diikuti Cikgu Hailmi selama dua minggu, lancar.

1) Muhamad Husni: Terbaik..enjoy your stay there..tanya habis habisan

 2)   Hassuana Abdul Halim: Bangganya tengok cikgu

3) Nadziati Nadzim: Kenai CERN sebab baca Angels and Demons dulu. Lepas tu tgk kat movie shj. Keep on updating us! Very informative and inspiring! All the best cikgu Norhailmi Abdul Mutalib!

4) Tunz Zaharah: bestnya

5) Salina Shaari: So happy for you.. to be among the chosen ones

6) Ihsan Afees: Nanti balik Malaysia roger2 na.. Nk tumpang kongsi ilmu dr abiang..Tahniah abiang..Mohon share'

7) Noor Laila Mohd Akil: Yg ni perkongsian yg rare

8) Napatah Ariffin: tahniah semoga terus terbilang

Ikuti catatannya.

HARI PERTAMA

Alhamdulillah. Sampai gak kat CERN, Lepas tiga jam tren dari Paris dan 40 minit tram dari Geneva Cornavin.

Check in kat CERN Hotel, the only hotel dalam kompleks nih untuk International delegasi ke apa ke. Ada jugak macam asrama kat sebelah untuk budak-budak universiti datang lima minggu punya program, Summer School.

Sebelah petang ada sesi orientasi untuk semua peserta. Best! Sebab macam perjumpaan guru-guru (majoriti Cikgu Fizik) dari seluruh pelosok dunia. Kebanyakan satu guru daripada satu negara.

Sesi suai kenal diteruskan dengan treasure hunt untuk kenal tempat-tempat dalam CERN nih. Antara yang menariknya adalah tempat di mana terciptanya WWW world wide Web. @ CERN

Sumber: Facebook Norhailmi Abdul Mutalib

ARTIKEL BERKAITAN:

Cikgu Norhailmi, guru Malaysia pertama ikuti High School Teacher Programme 2019 tiba di Geneva

ARTIKEL MENARIK:

Tahniah! Pelajar Sekolah Seri Puteri bolot 27 emas, 41 perak, tewaskan peserta dari 39 negara

Parut pada guru itu akan berbekas lama...

'Kami bukan mengajar sahaja tapi juga mendidik' - Cikgu Ridzuan coret dua kisah sebagai pengajaran

'Tak boleh ustazah. Pagi ibu kalut masak dan malam saya ikut ibu pergi berniaga' - Netizen sebak