Latihan kebakaran, SK Batu Kikir, Negeri Sembilan menjadi tular di media sosial. Setelah gimik ‘melecur’ yang dibuat oleh Guru Prasekolahnya, Cikgu Hafizah Abdul Rani Shafi ini nampak ‘real’.

Melihatkan kesan efek yang ditunjukkan oleh cikgu asal Jempol menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi beliau di facebook, membuatkan ramai yang mengkagumi bakat terpendam cikgu ini.

Biarpun tidak pernah mengikuti mana-mana kursus kesan mekap, namun kerana minat dalam bidang seni, Cikgu Hafizah berjaya menghasilkan kesan mekap yang menakjubkan.

Bagaikan juru mekap kesan khas profesional, hasilnya membuatkan ramai yang tergamam dan ingatkan betul-betul melecur disebabkan api kebakaran.

“Idea ni datang selepas kawan saya, Cikgu Diana, Ketua Unit Keselamatan melantik saya untuk menjadi AJK Persiapan Mangsa bagi program firedrill di sekolah.

Cikgu Hafizah sedang menampal dan mewarna tisu yang sudah dilekatkan dengan gam

“Pada mulanya memang tak ada bincang apapun untuk cipta gimik macam ni. Tapi selepas GPK HEM kami Cikgu Zuraidah minta buat gimik macam tahun lepas, tu yang saya terus dilantik untuk siapkan murid-murid tu.

“Plan asalnya, hanya nak buat gimik biasa sahaja, tapi bila dah tengok idea-idea di youtube, tu yang tiba-tiba nak buat kelainan dari tahun lepas. AJK lain pun tak tahu, mereka ingat saya nak conteng hitam-hitam asap dan arang je pada murid. Bila dah siap, mereka semua terus teruja dan terkejutlah… ,”katanya kepada GPS Bestari.

Kreativiti Cikgu Hafizah, hasilkan kesan mekap yang nampak macam betul

Jelas guru ini lagi, pada mulanya selepas tonton demi di youtube, beliau ingin mencuba kaedah membuat kesan terbakar yang nampak lebih hidup.

Namun masa yang perlu diambil untuk menyiapkan seorang murid terlalu lama, akhirnya beliau mencuba kaedah lain, iaitu dengan menggunakan tisu tandas, bedak asas muka, warna, plastik dan gam.

Mekap kesan khas yang nampak 'real'

“Selepas habis kelas, saya buka youtube dan cuba tengok macam mana mereka buat mekap kesan terbakar. Macam senang… cuma ia mengambil masa selama sejam pula untuk kesan mekap tu kering. Jika nak buat besok, memang tak sempatlah.

“Saya pun cuba kaedah lain, dengan menggunakan tisu tandas dan gam putih yang digam atas plastik. Kemudian, saya biarkan ia kering semalaman. Esoknya saya terus lekatkan pada wajah dan tangan murid dengan menggunakan gam. Selepas tu, saya mekap dengan bedak asas dan warna air.

Dua orang murid dengan kesan melecur masing-masing

“Saya dibantu oleh Ustazah Suzana untuk menyiapkan semua murid yang menjadi mangsa kebakaran. Masa yang diambil pula adalah selama 30 minit sahaja untuk seorang murid,”katanya.

Bakat dan kreativiti Cikgu Hafizah bukan sahaja mendapat perhatian daripada rakan pendidik dan juga murid. Bahkan anggota bomba yang hadir juga terkejut dan teruja dengan gimik yang dibuat oleh guru itu.

Murid yang 'melecur' diletakkan ditempat yang selamat

Anggota bomba sedang mendukung 'mangsa' kebakaran

Mangsa 'melecur' membuat aksi sakit ketika didukung oleh anggota bomba

Video kiriman Cikgu Hafizah Abdul Rani

Artikel Menarik:

Sedikit perkongsian untuk cikgu yang ingin sandang jawatan guru besar/pengetua

Cikgu ini wujudkan kebun sayur depan rumah hingga buat ramai tak sabar nak petik

'Wah kemasnya almari kamu!' - Guru ini latih murid seawal tahun dua berdikari

Enam teknik mudah untuk pelajar skor A Matematik - Calon SPM pun boleh guna cara ini