Mak...

Sebut 3 huruf ni pun dah sebak.

Apa aje yang mak tak buat. Kalau di minta petik bintang di langit pun, kalau mampu mak akan buat untuk anaknya.

Arwah mak orangnya tak banyak cakap tapi suka tersenyum. Walaupun anak bongsu, tapi saya kagum melihatnya menguruskan kami 12 beradik dengan sempurna. Kahwin dengan arwah ayah pada umur 19 tahun. Sangat muda tapi matang dalam menguruskan rumah tangga.

Ayah selalu tiada di rumah, bertugas sebagai penjaga rumah enjin ketika itu elektrik 12 jam. Jadi segala kenakalan kami mak la saksinya.

Sabar sungguh mak. Dalam diam-diam mak, kami tetap dapat cubitan ketam. Ok la tu, kalau arwah ayah batang paip selalu dibagi.

Kehidupannya berkisar tentang kami 12 beradik. Mak tak pernah lupa buat kek setiap kali birthday anak-anak. Pergi sekolah pun kami tak pernah selekeh, ingat lagi macam-macam jenis tocang mak buat time nak pegi sekolah. Comel sangat saya.

Ketika arwah Wan sakit dan tinggal di rumah kami, mak layan arwah Wan sebaik mungkin even kadang-kadang arwah Wan banyak mencabar kesabaran dengan kerenah keanak-anakan. Pengurusan diri Wan, mak yang urus dari A sampai Z. Time cuti maktab, saya ambil alih mandikan, cuci apa yang perlu, pendek kata macam baby. Sehinggalah Wan menghembuskan nafas terakhir, mak masih setia di sisi Wan. Menantu terhebat pada saya, tak mampu lagi saya jadi sehebat mak.

Bukan takda adik-adik ayah offer nak jaga Wan tapi mungkin Wan selesa kot...nak duduk rumah kami jugak. Kalau duduk umah yang lain-lain pun sekejap...

Bayangkan dengan adik-adik yang selang satu atau 2 tahun je beza, nak layan kerenah mereka, dengan arwah Wan lagi...Memang mak hebat.

Kasih sayang mak dengan ayah sehidup semati. Benar lah. Sungguh. Bila ayah dah pencen, seperti pasangan baru kawin. Macam belangkas ke sana sini berdua. Menoreh berdua. Even mak tak pandai, tapi tukang teman. Dalam ingatan saya last-last pandai gak mak menoreh. Ke pekan sari, ke bandar even ke bengkel baiki kereta semua mak ikut.

Sampailah hari kejadian yang tak akan kami adik beradik lupa sampai bila-bila, 3 April 2009, Allah lebih sayangkan mereka. Mak berada di atas pangkuan ayah...Mungkin impact hentakan menyebabkan mak tercampak ke depan...Mereka sama-sama meninggalkan kami walau pun kami tidak bersedia langsung saat itu. Gelap dunia seketika. Allahuakbar...

(Mak, ayah dan adik saya, Mohd Fuad terlibat dalam satu kemalangan maut di Jerantut, Pahang pada 3 April 2009. Sebelum kejadian, mereka baru selesai melawat isteri Mohd Fuad yang selamat bersalin di Hospital Temerloh.

Kereta yang dipandu Mohd Fuad telah bertembung dengan sebuah 4 wheel drive. Ketika itu, sebuah lagi kereta adik saya yang mengekori di belakang, hanya mampu melihat detik ngeri itu. Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Sekelip mata ia berlaku.

Walaupun mak, ayah dan adik terbabit kemalangan namun ketiga-tiga jenazah masih dalam keadaan sempurna).

Rindu??? Tak payah cakaplah...Lagi-lagi bulan puasa Allah saja yang tahu. Nampak kuat tapi koyak dalam, luka dalam memang tak pernah sembuh. Mana mungkin kita lupa. Orang yang tiada galang ganti. Bau tangan yang hanya 1 dalam dunia. Tak sama. Mana nak cari?? Kalau ada tolong bagitau saya kat mana.

Dah kawin pun, bila balik kampung masih lagi letak kepala kat riba mak. Mak ngan ayah sibuk tangkap ikan, kurung ayam bila tau nak balik. Aduhh.. Rindunya mak. Semoga doa-doa yang Kak Long kirim untuk mak, ayah dan ngah hari-hari sampai di sana. Kalau lah boleh di minta nak aje ikut mak ke sana.

Insya-Allah...terus kuat menempuh segala dugaan, halangan dan rintangan mendatang. Hilang mak hilanglah satu doa paling mustajab dalam dunia. Tetapi kasih sayang dan rindu pada mak tak pernah pudar dalam hati Kak Long...sayang mak. Semoga Allah sentiasa memberi ketenangan untuk mak, ayah dan ngah di sana..

Sekiranya teman-teman sudi, tolong kirimkan Al-Fatihah untuk mak, ayah dan adik saya. Terima kasih hanya Allah mampu membalasnya.

Mak dapat banyak hadiah hari ni mak!! Insya-Allah. Mak tunggu ye...

Bingkisan rindu untuk mak dari Kak Long.

Hajjah Isbah Binti Muhammad

Dan

Haji Mat Zin bin Kasim

Mohd Fuad bin Mat Zin

Sumber: Facebook Norashikin Zin

- Norashikin Mat Zin merupakan guru Sekolah Kebangsaan Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang

ARTIKEL MENARIK:

Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar

Sebelum ini perbelanjaan anak ke sekolah pun tak cukup... namun kini 'cucur sekupang' ubah kehidupan

Fenomena beyblade, ini kata Cikgu Ashikin tentang permainan yang makin popular kalangan kanak-kanak

Sedihnya puasa tanpa ayah… pelajar cemerlang SPM ini galas tugas ayah juga ibu