Kisah yang dikongsi oleh guru SK Magandai, Kota Marudu Sabah, ini meruntun hati netizen. Biarpun terpaksa melalui pelbagai cabaran dan dugaan, namun semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berbakti kepada anak bangsa.

Ikuti perkongsian Cikgu Helley Jodir yang mendapat 2,300 perkongsian, 2,900 komen, dan 9,500 tanda suka ini.

….

PLASTIK SAMPAH YANG SANGAT BERMAKNA.

Pengalaman yang memberikan KEINSAFAN dalam hidup ini, 7 tahun yang lalu...

Sewaktu perjalanan naik ke sekolah, saya dan dua orang anak serta adik perempuan saya menumpang kereta guru besar naik ke sekolah. Keadaan jalan pada masa itu sangat teruk dan ada beberapa jalan yang putus akibat hujan lebat. Maka kami pun jalan ikut jalan alternatif iaitu lalu ikut bombong 1(laluan AFC).

Di pendekkan cerita, memandangkan jalan alternatif ini pun agak teruk bila sampai simpang Batu 1, (simpang shotcut ini hanya mereka yang pernah lalu saja tahu betapa teruknya jalan ini). Maka kereta GB yang kami naiki juga terkandas di sini. Patah ...saya lupa apa yang patah tu,  yang menyebabkan perjalanan kami dengan kenderaan hanya sampai di situ.

Bermula la cerita berjalan kaki untuk meneruskan perjalanan ke sekolah memandangkan kami sudah lebih daripada separuh perjalanan. Dari shotcut Batu 1, kami mengorak langkah menaiki anak bukit (Saya, 2 org anak saya seorang masih bayi dan abangnya 7 tahun, adik saya dan kerani PT kami tuan Jasni. GB tidak ikut serta sebab masih berusaha membaiki keretanya).

Kami melangkah penuh semangat sebab mau sampai sekolah secepat yang mungkin. Ya kami berjaya sampai jalan besar (jalan utama ke magandai) hampir jam 4.30 petang. Nah...memandangkan sudah agak petang, saya mencadangkan kami jalan ikut laluan shotcut sebab ini adalah laluan murid yang selalu kami bawa turun untuk mengikuti apa pun acara/aktiviti di sekolah pekan.

Menurut mereka, ikut jalan itu hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja berbanding kalau jalan utama kami kena berjalan kaki lagi sekitar 4-5 jam bergantung kepada kepantasan melangkah.

Awan gelap dan tebal menandakan hujan lebat akan turun tidak lama lagi, tanpa banyak berfikir dan mengendahkan cadangan tuan Jasni PT kami agar kami terus berjalan di jalan utama kerana bimbang akan keadaan jalan yang kami sama-sama tidak pernah lalui..saya sambil mengendong bayi kecilku terus melangkah tanpa menghiraukan kata-kata beliau. Dalam hati mesti sampai sebelum petang dan yakin pasti akan sampai.

Sebaik saja memasuki laluan shotcut, jalan tikus di tengah rimba, di awal perjalanan agak luas, semakin kedalam semakin semak laluannya, perlu "miusuk-usuk" poh dot tongo tangaw bilang bahasa dusun. Sejam berjalan membuatkan saya tercari-cari mana penghujung jalan, awan gelap yang tebal mula bertukar menjadi rintik-rintik hujan yang agak lebat. Huuuhhh! Anak-anak pacat mula menghidu haruman manis manusia yang sedang teraba-raba menuruni bukit yang curam dan licin yang adakalanya tersungkur kerana tergelincir.

PLASTIK SAMPAH, kami semua memang sentiasa ada stok untuk benda ini kalau naik mahupun turun dari sekolah, kegunaan utamanya adalah pembalut barang-barang dalam beg, laptop dan segala sesuatu yang dikhuatiri basah jika ada hujan sepanjang perjalanan. Tidak kurang juga menjadi alas mahupun selimut jika kami terlalu lelah dalam perjalanan. Begitu bermaknanya plastik sampah itu kepada kami. Pada masa itu juga, plastik sampahlah yang menyelamatkan si bayi kecil dan saya daripada basah kuyup sepanjang perjalanan, mujur si abang tidak banyak kerana, terus dan terus berjalan walaupun mula bergagar kerana kesejukan, mungkin juga rasa takut dengan keadaan yang sudah mula gelap.

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.926547.1558585731!/image/image.jpg

Sekali sekala kilat menerangi laluan kami, betapa singkatnya fikiran saya, sudahlah tiada lampu suluh berkeras juga mau jalan ikut jalan pintas. Mujur ada hp jenama NOKIA pada masa itu, sedikit sebanyak membantu menerangi laluan kami. Hampir dua jam lebih perjalanan, kami masih terkial-kial meneruskan perjalanan dengan tanda tanya, betulka jalan yang kami lalui ini? Perasaan cemas mula membelenggu fikiran, serba salah balik-balik bertanya kepada PT kerana rasa MALU dengan pilihan yang saya putuskan sendiri.

Nasib baik beliau tanang saja di posisi bilang panabrasan. Saya mula berdoa dalam hati, "Tuhan tunjukkanlah kepada kami jalan keluar" Ketakutan mula menguasai diri, kalau ada harimau atau ada babi hutan betina atau ada beruang memang habislah kami...tiada lampu, tiada parang, hanya berbekalkan keberanian meredah hutan belantara.

Di pendekkan cerita setelah melalui liku-liku perjalanan yang panjang dengan ketakutan, kesejukan, kelaparan, tersungkur jatuh kerana kecuraman dan hampir merangkak pun ada, akhirnya kami tiba di kawasan kebun ubi kayu. Hampir melompat gembira kerana biasanya kalau ada kebun mesti dekat dengan rumah orang kampung sudah. Langkah semakin laju dan mula semangat , dalam fikiran sekejap lagi mesti sampai la ni sebab jumpa kebun sudah. Kami pun akhirnya jumpa sungai....yeahh!

Namun kegembiraan bertukar cemas semula apabila kami menyeberang sungai tiada tanda-tanda ada jalan terus untuk kami lalui..PT mencadangkan kami terus menyusur sungai untuk mencari jalan...ini kali la perasaan saya macam mau menangis sudah pun ada. Saya kasihan kepada anak saya yang sudah bergagar kesejukan dan kelaparan.

 Nasib baik si bayi kecil langsung tidak meragam, tidur terus dalam dukungan. Cari punya cari, belum jumpa laluan keluar. Lalu saya mencadangkan agar kami berehat sebentar menikmati bekalan kami, beberapa biji telur rebus menjadi alas perut, tapi cara makannya itu pun masih segar dalam ingatan. Dengan tangan yang terketar-ketar kerana kesejukan, membuka kulit telur dan memakannya diiringi dengan dua air, air hujan yang lebat dan air mata saya sendiri. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa menyesalnya saya pilih jalan shotcut itu.

Bayangkanlah, sambil mengunyah telur yang dimakan hati saya tidak putus-putus berdoa memohon pertolongan kepada Tuhan agar di tengah kegelapan itu kami dapat menemui jalan keluar. Belum habis sebiji telur di makan sebab macam susah betul mau telan, PT kami mencadangkan kami harus bergerak kerana dikhuatiri sungai tersebut akan "sumurung" memandangkan hujan semakin lebat.

Pada masa itu PT kamilah yang menjadi watak utama berulang alik ke hulu dan ke hilir sungai untuk mencari jalan dengan bantuan cahaya kilat dan lampu hp. Tidak lama kemudian PT kami segera memanggil kami mengatakan bahawa ada laluan yang dia temui, maka kami pun bergerak cepat mengikutinya.

Semasa kami berjalan mangikut laluan tersebut, tiba-tiba ada cahaya lampu yang kami nampak, sepantas kilat juga kami "monguukk" (menjerit) dan betapa gembiranya kami bila cahaya lampu itu bergerak ke arah kami. SEORANG anak muda bertanya, nunu minaan dikoo siti obo? (Apa yang kamu buat di sini) katanya. Kami pun menjelaskan serba ringkas akan kesesatan perjalanan kami. Lalu anak muda tersebut mengatakan, nasib kami agak baik kerana dia kebetulan melawat di kebun dan tidur di SULAP pada malam itu.

Lalu anak muda tersebut menunjukkan kepada kamI jalan keluar dan sehinggalah sampai ke jalan besar (jalan utama) Terima kasih Tuhan, kerana mengirimkan anak muda itu bersedia di SULAP untuk membantu kami. TERIMA KASIH JUITI, itulah nama anak muda tersebut. Saya berharap dapat membalas jasa baiknya suatu hari nanti.

Di pendekkan cerita, kami menyambung perjalanan ke sekolah dengan hati yang sangat gembira walaupun perjalanan masih memakan masa hampir 1 jam. Tiba di sekolah, semua rakan-rakan terkejut kerana kami muncul di muka pintu lewat tengah malam dengan keadaan basah kuyup dengan berdukungkan dengan si bayi kecil. Mujur sampai rumah di sekolah langsung si bayi kecil tidak bangun apatah lagi menangis. Saya percaya ini semua kerana LENANYA DIA DI DALAM BALUTAN PLASTIK SAMPAH BERWARNA HITAM.

Sekian coretan mokcik di HARI GURU.

Lain kali dengar nasihat orang tua yang lebih berpengalaman.

#SELAMATHARIGURU2019.

#GURUOBORHEMAHMENYINARIPERTIWI

Apa kata netizen

Hebatnya pengalaman cikgu

Demi anak bangsa

Artikel Menarik:

Daki gunung untuk hantar laporan, tindakan sekumpulan guru ini wajar dipuji

Budak lari lawan arah: Aishah ketakutan setelah hiburkan satu Malaysia

Apapun warna kulit dan agama yang dianuti, saya tetap bantu - Luhurnya hati cikgu ini

Niat nak bantu pelajar, tak sangka dapat anugerah - Dr. Maszlee pun puji cikgu ini di fb

'Hormati mak ayah, kawal nafsu, kejar syurga' - Siapa jadi pelajar Cikgu Ven pasti dapat nota ini