KATA orang, makanan terbaik adalah makanan yang dimasak sendiri dan disediakan sendiri oleh ibu untuk anak.

Masakan tidak, hal ini kerana penyediaan makanan lebih terjamin bersihnya.

Begitu juga dengan ibu anak empat, Zainurulhuda Zainuddin untuk elakkan anak memakan makanan proses yang di jual di sekolah, beliau lagi berkobar-kobar siapkan bekal anak setiap hari.

Katanya, ketika anak sulongnya melangkah alam persekolahan, dia dah mula menyediakan bekal namun ketika itu masih ON OFF.

Sehinggalah anak ke dua masuk ke tahun satu. Dari situ setiap hari dia menyediakan bekal dan berhias.

Zainurulhuda dapat inspirasi apabila melihat media sosial kawan-kawan yang bekerja namun sempat siapkan bekal untuk anak selain mendapat ilham di Facebook Kelab Bekal Malaysia.

Tambah lagi, anak-anak sentiasa memberi respon positif dan minta untuk buat lagi untuk esok hari.

Menurutnya, selain anak-anak suka pada isi bekal itu, mereka juga suka  kepada alatan yang digunakankan seperti food stick, beg bekal, chop stik dan lain-lain.

Ada ketikanya, turut terselit nota cinta atau kuiz dalam beg bekal dan itu menimbulkan lebih keseronokkan dari anak-anaknya. 

Katanya, selalu jam 4.30pagi  atau 5.30pagi, dia dah mula memasak. Dia akan pastikan sebelum Subuh dah siap semuanya. Bergantung pada menu.

 

Mari kita lihat beberapa menu menarik untuk bekalan anak ke sekolah dan suaminya. Mungkin juga boleh memberi inspirasi pula untuk ibu di luar sana.

 


SELAMAT MENCUBA!

 

Anda mungkin boleh juga ambil inspirasi bento di sini Bento comel Si Nopal tarik perhatian warganet

atau Usaha ibu berbangsa Iban ini membuat bekal menarik perhatian