HARI KEEMPAT

- Catatan bertarikh 11 Julai, Khamis, 12.24 pagi (waktu Meyrin, Switzerland)

PENGISIAN hari ni best sikit sebab dah banyak pasal bilik darjah. Jeff banyak kongsikan amalan terbaik beliau dalam memperkenalkan Particle Physics kepada pelajar di sekolah menengah.

Yang saya perhatikan sepanjang perkongsian beliau, pihak universiti sangat bekerja rapat dengan guru di sekolah. Part nih, kita kat Malaysia kena tambah baik kalau sama-sama nak maju ke depan. Kena hormat kepakaran dan kemahiran amalan masing-masing sebab keduanya saling memerlukan satu sama lain.

Kemudian sesi lawatan ke S’cool Lab yang juga tempat aktiviti bagi pendidikan oleh CERN. Ini pun saya rasa industri dan pusat penyelidikan kita kena tiru. Canggih mana pun teknologi kalau tak disebar kepada guru dan murid, akhirnya tak ke mana ilmu dan teknologi tu.

Kemudian kami dibawa melawat ke Cryogenic test facility yang hasilkan tiub tiub biru tu.

Bayangkan kabel sebesar peha abam nih kemudiannya berjaya di’kecil’kan kepada kabel bersaiz senipis kuku dengan menggunakan bahan superkonduktor yang lebih berkuasa. Hebat tak?

Itu belum kira lagi bagaimana dia sejuk kan bahagian dalam tiub ke suhu lebih sejuk dari bahagian gelap bulan dan selesaikan isu tiub yang panas sejuk nih dengan penyelesaian guna konsep Fizik dan Sains yang sangat mudah.

Akhir sekali adalah sesi perbincangan dengan ahli Focus Group. Bincang pasal pengajaran Particle Physics di negara masing-masing. Yang nih abam sedih sungguh!

Negara yang kurang popular canggihnya macam Kuwait, Greece, Slovakia pun dah ada belajar benda-benda macam Particle Accelerator, Cyclotron, Lorentz Law nih dalam Fizik sekolah menengah mereka.

Tapi bila abam tanya cikgu Fizik kita, katanya langsung tak ada belajar. KSSM terbaru pun hanya sentuh pasal asas seperti foton dan fotoelektrik sahaja. Tak tahu abam nak jawab. Tak sama ke dengan yang budak negara lain belajar?

Dah tu, kan ramai yang cakap silibus kita banyak sangat content, sampai tak sempat nak ajar?

Ya! Dan itu lah masalah kita. Semua benda kita nak sumbat kat budak, sampai kita lupa nak fokus, mana kita nak bawak budak kita sebenarnya...

Maka abam teruskan memandang puncak Mont Blanc yang tersergam indah nun jauh di balik bukit [email protected] CERN

Sumber: Facebook Norhailmi Abdul Mutalib

ARTIKEL BERKAITAN:

Cikgu Norhailmi, guru Malaysia pertama ikuti High School Teacher Programme 2019 tiba di Geneva

Hari pertama Cikgu Hailmi di CERN, Geneva - 'Kami dibawa melawat CERN' (6 foto)

Hari kedua - Jeff Wiener terangkan program guru CERN, peserta teruja lihat Syncho Cyclotron (7 foto)

Hari ketiga belajar pengenalan Particle Physics buat Cikgu Hailmi makin bersemangat (4 foto)