DUA hari lalu, Tomok berkongsi kisah lucu melibatkan salah seorang anaknya yang mendapat keputusan cemerlang dalam salah satu kertas ujian yang diduduki.

Bagaimanapun, apa yang sangat melucukan nama bapa yang ditulis si anak cukup menggelikan hati netizen.

"Alhamdulillah.. ada paper yang ok ada yang kena dipertingkatkan lagi.. kena banyak buat ulangkaji.

"Tapi kena nama ayah tulis macam tu? bukan nama penuh.. kau  ingat uztazah nak bagi markah extra ke?," tulisnya.

Lalu perkongsian tersebut mendapat reaksi netizen yang pelbagai dan rata-ratanya terhibur dengan kapsyen yang ditulis Tomok.

Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail atau juga dikenali sebagai Tomok (lahir 17 Mei 1984) adalah seorang penyanyi di Malaysia.

Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 dengan penampilannya sebagai penyanyi kumpulan New Boyz.

Menjadi bonus kepada Tomok apabila namanya kembali menjadi sebutan selepas menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009.