“Saya tiada bakat dalam lukisan, cuma berminat pada design komputer. Saya tak pernah juga ambil kelas. Tapi saya banyak belajar sendiri melalui online.. youtube dan banyak rujuk video tutorial berkenaan dengan design.

“Saya degree dalam IT dan pernah mengajar sebagai pensyarah di kolej swasta di Terengganu sebelum menjadi guru.. dan di kolej tu saya mengajar subjek multimedia yang memerlukan kemahiran design grafik,”Kata Mohd Suzirman Mohd Sharin.

Mohd Suzirman, guru Bahasa Inggeris di SK Kulai 1, Kulai Johor mencuri perhatian apabila poster sekolah yang dihasilkannya mirip sebuah poster filem.

“Sebenarnya ini idea yang dicetuskan oleh Guru Besar SK Kulai 1, Cikgu Sairah Husin.. dia yang mencadangkan idea untuk buat poster panitia-panitia untuk sekolah kami.. dan dia tau yang saya ada kemahiran untuk menghasilkan karya sebegini.

“Idea untuk siap kan satu-satu poster tu memang saya banyak rujuk poster-poster filem Hollywod dan juga tempatan juga. Secara kebetulan saya memang peminat filem, jadi tidak ada masalah untuk dapatkan idea poster ni,”terangkan.

Ujar beliau, setiap poster yang dihasilkan berjaya disiapkan selama hampir sebulan lebih semasa cuti sekolah baru-baru ini.

“Untuk satu poster tu kebiasaan saya dapat siapkan dalam masa 2-3 hari bergantung pada poster juga. Malah, kebanyakan event di sekolah, saya ada buat poster dan juga risalah. Alhamdulillah pihak pentadbir memberi kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan design untuk kegunaan sekolah.

“Kepuasannya bila hasil karya yang dihasilkan itu mendapat maklum balas yang positif. Ditambah pula bila post poster saya di Facebook dapat like, share dan komen yang banyak dan baik dari netizen. Itu membuatkan saya lebih bersemangat untuk berkarya,”katanya.

“Saya juga berterima kasih kepada semua rakan-rakan guru dan pentadbir yang sporting dengan aksi dan pose yang saya suruh mereka buat. Gambar tu pun saya ambil sendiri, sekurang-kurangnya ia selari dengan konsep yang saya perlukan. Mudahlah saya nak buat proses editing nanti…,”akhirinya.

#sinergikualitikuasano1 #skk1

Artikel menarik

'Ayah meninggal kat rumah pengasuh...' - jawapan murid Tahun Satu buat cikgu pening

Ulang alik 340 km sehari, pernah bertembung haiwan liar namun demi anak bangsa, guru ini cekal

Kekok guna penyepit, Cikgu Cina ini lebih selesa makan pakai tangan

‘Rakan sekelas jadi mangsa, imaginasi tinggi murid Tahun Tiga ini di luar jangkauan akal!’