“SAYA Seorang Cikgu Pendidikan Khas”

Inilah kebahagian untuk kami.

Inilah keseronokan untuk kami.

Inilah kecemerlangan yang sebenar bagi kami.

Bukan A yang kami cari.

Cukuplah dan memadailah kalian boleh mengurus diri walaupun hanya sekadar memakai kasut sendiri.

Mata berkaca di saat gambar ini di ambil. Gambar yang memberi 1001 makna dan seolah “Bahasa2” Tuhan untuk kita yang berakal.

Kasih sayang antara dua sahabat pelajar istimewa kami. Aliff seorang pelajar (sindrom down) dan Hafiz (slow learner). Menunggu Aliff memakai kasut, mengangkat beg dan menghantar Aliff ke kereta menjadi rutin harian Hafiz.

Semoga terus berkasih sayang wahai anak-anak syurga kami dan semoga ianya juga bisa menjadi dan menjanjikan “saham” akhirat untuk kami hendaknya.

Ahmad Farizan Bahaman

SMK Kota Gelanggi 2, Jerantut Pahang

Artikel lain:

Berkenaan maklumat tular cubaan culik murid SK Pelindung ini kata Ketua Polis Kuantan

KPM disaran laksana penilaian holistik projek 1BestariNet Fasa 2

'Jaga hubungan dengan ALLAH dan manusia' - Muhammad Irham pelajar huffaz terbaik Selangor