Isu dua lepasan semakan semula SPM mula menjadi bualan hangat warganet. Rata-rata komen warganet di facebook GPS Bestari dan beberapa grup lain  bersetuju untuk tidak menyalah guru pemeriksa kertas seratus peratus.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi tentang hak dan tanggungjawab untuk membuat semakan semula di facebook milik mereka.

'Gunakan hak membuat semakan semula keputusan peperiksaan'

Biarpun ramai yang meluahkan rasa terkilan atas apa yang berlaku, namun tidak kurang juga mereka yang tampil menjernihkan keadaan serta tidak mahu terus menuding jari.

Manusia biasalah ada kesilapan

 

Kesilapan boleh berlaku di mana-mana

Sebab itulah ada borang semakan

Typing errors, yang key in pun manusia

Jangan tuduh cikgu

Menerusi ruangan komen di facebook page GPSBestari, salah seorang warganet turut berkongsi pandangan...

'Modenkan kaedah penandaan. Tak perlu bebankan guru dengan skrip jawapan yang berbundle tu. Boleh elakkan human error.'

Begitu juga, dengan nasihat yang kongsi oleh beberapa orang warganet ini. Selain mahukan setiap guru itu mengikut prosedur, terdapat juga guru yang sentiasa prihatin dengan pemarkahan pelajar.

Ikutlah Prosedur

'Aduhai... setiap tahun pemeriksa diingatkan perkara yang sama...  selalunya kerana nila setitik inilah rosak susu sebelanga.. ikutlah prosedur cikgu... 3 hari terutamanya ketika cross check.. dan key in.. print & cross check lagi... buatlah dengan teliti... murid ni kena bayar lebih RM50 untuk check semula... tapi bayaran 1 skrip yang ditanda tak delah jejak RM20 pun... bawah RM5 je pun.

Cikgu tak puas hati markah pelajar

Cikgu tahu prestasi pelajar

Pun begitu, rata-rata warganet pernah alami masalah sama sebelum ini. Namun segelintir mereka tidak membuat semakan kerana kekangan kewangan yang dilalui ketika itu.

Keputusan selalu A, tiba-tiba gagal.

Terus lonjak ke 6A

Ibu bapa reda

Terjadi 30 tahun dulu

Lonjak  6A ke 10 A

Peluang sudah tutup

Markah D bertukar A

Link berkaitan:

Dua lepasan SPM ini terkejut subjek Gagal, rupa-rupanya A setelah semakan semula dibuat -

'Saya harap pihak USIM timbang kemasukan anak.. keputusan SPM dia dah berubah.' - Bapa  

'Saya ingin menyambung legasi dia dalam bidang agama ini' - Cucu Abu Hassan juga pelajar MATIN