BAHAGIAN KETIGA

PERJALANAN yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dirasakan sangat singkat, masakan tidak, saya leka mengambil gambar pelajar-pelajar di dalam keretapi ini sambil bertanya khabar dan mendengar cerita-cerita dari mereka.

Tak sempat hendak bersembang sangat dengan mereka sebenarnya, pelajar-pelajar lelaki dan perempuan pula, ada yang malu-malu, saya pula, kalau asyik nak bersembang, macam terganggu pulak masa saya yang terhad untuk merakam gambar.

Sebaik sahaja keretapi tiba di Stesen Keretapi Dabong, saya bergegas turun untuk merakam gambar pelajar-pelajar sekolah turun dari kereta api. Suasana yang agak berkabus di kawasan ini menjadikan persekitaran di sekitar stesen keretapi tersebut cukup menarik bagi saya.

Pelajar tiba di stesen Dabong.

Sekiranya kita tidak pernah ke Stesen Keretapi Dabong, mungkin akan berkata saya “stage” kan pelajar-pelajar sekolah ini supaya berjalan di sepanjang landasan kereta api ini. Sebenarnya tidak, mereka memang berjalan di landasan tersebut kerana sekolah yang mereka tujui terletak tidak jauh dari belakang saya berdiri, lebih kurang 200 meter dari stesen keretapi ini, letaknya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong.

Suasana yang anda lihat di dalam gambar ini adalah suasana biasa setiap kali pelajar-pelajar sekolah tiba di stesen keretapi dan berjalan ke sekolah.

Untuk dapatkan gambar atau moment seperti ini, kita perlu merancang perjalanan kita. Kita perlu tahu jadual ketibaan keretapi di sini, hari-hari persekolahan dan di kedudukan mana kita ingin berada, kerana moment yang berlaku sangat pantas dan tidak akan berulang, kecuali kita sanggup menunggu keesokan harinya untuk mengambil gambar yang hampir sama.

Ada yang bertanya kepada saya kalau kita terlepas ambil moment pelajar-pelajar sekolah ini tiba di Stesen Keretapi Dabong, next train pukul berapa sampai? Sebenarnya keretapi yang mengambil pelajar-pelajar sekolah ini hanya tiba sekali sahaja setiap hari, lebih kurang jam 7.30 pagi keretapi akan tiba di stesen ini.

Kepada para pelajar yang terlepas keretapi ini, maka tidak bersekolahlah mereka atau mereka terpaksa meminta ahli keluarga menghantar mereka menggunakan motosikal atau kereta untuk ke sekolah, dan ini sudah tentu menyukarkan keluarga mereka.

Next train akan tiba lebih kurang jam 2.30 petang untuk membawa semula pelajar-pelajar ke Kuala Gris, Bukit Abu, Slow Pak Long dan seterusnya kereta api akan meneruskan perjalanan hingga ke stesen terakhir iaitu di Tumpat.

Pelajar berjalan menuju ke SMK Dabong.

Secara ringkasnya setiap hari, kita hanya ada peluang sekali sahaja untuk melihat ketibaan pelajar-pelajar sekolah di Stesen Keretapi Dabong ini dan sekali lagi untuk melihat pelajar-pelajar pulang ke rumah mereka semua, tetapi untuk tujuan photography, cuaca sewaktu mereka pulang dari sekolah agak panas kebiasaannya, kurang menarik bagi saya.

Lagipun waktu petang tu, pelajar-pelajar sekolah akan bercampur dengan penduduk setempat yang menggunakan perkhidmatan kereta api yang sama.

Ini berbeza dengan waktu awal pagi di mana boleh dikatakan hampir 95 peratus penumpang kereta api adalah pelajar-pelajar sekolah dan juga guru-guru yang mengajar di sepanjang kawasan yang dilalui oleh keretapi awal pagi ini.

Berjalan dalam kedinginan kabus pagi sudah biasa bagi mereka. Semoga mereka berjaya.

“ KENANGAN TERINDAH “

Kredit kepada Facebook Wazari Wazir Photography dan Abe Mat Hassan Ambo Ore Klate atas catatan menarik ini.

Sumber: Facebook Faizal Rahim

ARTIKEL BERKAITAN:

BAHAGIAN SATU

Naik 'ghost train' seawal jam 6 pagi pergi sekolah...sekumpulan pelajar SMK Dabong sangat tabah

BAHAGIAN KEDUA

Di sebalik nama 'keretapi hantu' yang dinaiki pelajar SMK Dabong - Ramai ingin tahu cerita sebenar

ARTIKEL MENARIK:

'Rezeki dapat pindah' - Guru dari Sarawak kongsi berita gembira mengenai EGtukar

Gembira, sedih dan geram bila keputusan EGtukar diumumkan - Luahan guru gagal buat ramai sebak

Mohon EGtukar tapi tak pernah lulus - Akhirnya guru ini buat 'sesuatu' dan keputusannya mengejutkan

Bagaikan sedang belajar di Istana Inggeris..kreativiti cikgu SMK Pakan luar biasa