BUAT kali kedunya pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan daripada Perdana Menteri Menteri kita malam tadi merayu kepada semua masyarakat supaya duduk di rumah berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

Sebagai menyahut seruan PM, guru persis Korea ini yang juga guru Matematik Sekolah Kebangsaan (SK) (1) Gombak, Mohd Fadli Salleh juga mengajak orang ramai bertindak.

"Kita tingkatkan kesedaran pada semua betapa pentingnya meminimakan pergerakan. Kita semua mampu menjayakan usaha ini jika sepakat.

"Ayuh Malaysian! Kita sahut cabaran ini untuk melumpuhkan wabak ini dari terus tersebar.

+++

"Abah. Kenapa ibu tak balik-balik?"

"Ibu kerja dik."

"Adik dengar semua orang cuti. Abah pun cuti. Aki pun cuti. Kenapa ibu kerja?"

"Ibu kerja nurse. Ibu tak boleh cuti. Sekarang negara dilanda wabak virus yang sangat bahaya. Adik kena selalu doakan ibu ya."

"Adik nak doa biar virus cepat-cepat pergi. Nanti ibu boleh pulang ke rumah cepat."

+++

Kawan-kawan. Beratus ribu frontliners diluar sana tetap kena bekerja saat wabak teruk melanda kita.

Abang posmen tetap kena hantar barang dan surat penting. Polis dan askar menjaga sempadan dan keselamatan.

Abang bomba sentiasa bersedia jika ada kebakaran atau kemalangan. Pekerja stesen minyak perlu memastikan minyak sentiasa ada.

Pekerja pasaraya, kedai runcit, Grabfood, penghantaran makanan kedai makanan segera dan seumpamanya.

Apa lagi geng doktor, MA, nurse dan semua staff KKM. Mereka semua berkorban masa, tenaga saat kita berehat. Mereka terdedah dengan risiko paling besar kerana mereka berhubung terus dengan mangsa COVID-19 ini.

Jangan sia-siakan pengorbanan mereka semua yang berada di barisan paling hadapan.

Kita berjuta-juta rakyat Malaysia diberi cuti sedangkan mereka bertungkus lumus memastikan virus ini berhenti merebak.

Jangan kerana kita Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan.

Jangan kerana kita wabak makin menular dengan teruk.

Jangan kerana kedegilan kita makin ramai yang meninggal dunia.

Dan jangan kerana tindakan kita melanggar undang-undang dan terus berkeliaran, doa adik ini tidak sampai dan tidak dimakbulkan.

Sama-sama kita patuhi peraturan. Sama-sama kita jaga keselamatan. Sama-sama kita jaga kebersihan dan ambil langkah pencegahan.

Jom sepakat dan bersama kita berganding bahu menjayakan kempen #DudukRumah ini.

Jom jadikan gambar ini sebagai background gambar profile kita buat sementara. Kita hebahkan Kempen hashtag Stay At Home.

Kita tingkatkan kesedaran pada semua betapa pentingnya meminimakan pergerakan. Kita semua mampu menjayakan usaha ini jika sepakat.

Ayuh Malaysian! Kita sahut cabaran ini untuk melumpuhkan wabak ini dari terus tersebar.

* Kredit gambar : Firdauz Abdullah

Sumber : Cikgu Mohd Fadli Salleh

Artikel lain:

Sempena cuti Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh buat ini manfaat masa

PM umum Perintah Kawalan Pergerakan tapi cikgu ini pula yang pening

Cikgu kena tahu 10 pantang larang ini bila pindah sekolah baru

'10 topik Sains wajib ulang kaji ketika ini' - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Pengetua SMKA Naim Lilbanat kongsi tip lonjak keputusan SPM 2019 - Boleh jadi panduan sekolah lain

 +++

 

INFO:

Cikgu Mohd Fadli juga merupakan seorang guru yang aktif menjalankan kerja-kerja sosial membantu murid miskin, asnaf dan keluarga/orang kurang berkemampuan menerusi Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh berbuat demikian di:

No acc : 564221646925

Bank : Maybank.

Nama : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.