"BILA lihat sekumpulan murid Sekolah Rendah Al-Hidayah Ipoh, Perak menunaikan solat dhuha, perkataan pertama yang terlintas di dalam hati saya adalah 'syukur alhamdulillah'," kata Penolong Kanan HEM Sekolah Menengah Al-Hidayah, Cikgu Shahidan Shaarani.

Menurut Cikgu Shahidan, sewaktu terserempak dengan kumpulan murid Tahun Tiga di surau sekolah, jam baru sahaja menunjukkan pukul 9.30 pagi.

"Mereka menunaikan solat dhuha semasa waktu rehat. Kebetulan sekolah saya bersebelahan dengan sekolah mereka...dan kami berkongsi surau yang sama.

"Saya mengambil sedikit masa untuk ke surau bagi menunaikan solat dhuha. Tak sangka dapat jumpa murid-murid ini," katanya kepada GPS Bestari.

Sementara itu, GPS Bestari difahamkan, Sekolah Rendah Al-Hidayah sememangnya menggalakkan murid-murid terutama Tahap Dua untuk menjadikan solat sunat dhuha sebagai rutin.

Namun begitu, ia tidaklah diwajibkan dan tidak diberikan masa yang khusus untuk murid berkenaan menunaikan solat sunat berkenaan.

"Selaku seorang guru, saya sangat berharap rutin sebegini akan berterusan bukan sahaja di sekolah bahkan juga berlaku di rumah sepanjang waktu cuti.

"Jika generasi masa hadapan adalah generasi yang sangat menitikberatkan amalan sebegini, maka kita akan lihat satu generasi yang berdisiplin dan sangat menghargai masa akan dapat dilahirkan," kata Cikgu Shahidan.

Dalam pada itu, Penolong Kanan Tarbiyah Sekolah Rendah Al-Hidayah, Faridah Awang berkata, solat dhuha adalah salah satu perkara yang disenaraikan dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Unit Tarbiyah Sekolah Rendah Al-Hidayah.

Cikgu Faridah menyampaikan Anugerah Tokoh kepada Khalis NurSafiyya Syaiful Bahri bersempena Hari Kanak-kanak sedunia peringkat sekolah, baru-baru ini.

"Menghidupkan amalan sunnah Rasulullah dan para sahabat seperti solat dhuha, puasa sunat, qiam, infaq, membaca al-Quran dan sebagainya...menjadi target Unit Tarbiyah.

"Setakat ini, syukur alhamdulillah, semua usaha yang kita aturkan berjalan dengan lancar," ujar Cikgu Faridah.

Guru Besar Sekolah Rendah Al-Hidayah, Kerisisiah Mohd Daud pula berkata, program sedemikian perlu dilaksanakan di sekolah itu sebagai latihan kepada murid-murid dan agar menjadi suatu amalan dalam kehidupan seharian.

Kerisisiah

Artikel Menarik:

'Saya tak pernah makan ayam sesedap ini, cikgu' - Tangisan pelajar B40 buat ramai sedih

Murid lain bersesak untuk pulang ke rumah tetapi dia bergegas ke surau untuk solat...Allahuakbar

'Dalam diam, murid ini solat dhuha di surau sekolah' - Catatan Cikgu Rohizan buat warganet sebak