Jasamu akan sentiasa ku kenang wahai guru… Inilah luahan kata lima sekawan, Pika, Wafa, Bon, Tasha, dan Teah, tentang guru mereka, Cikgu Siti Idayu Abdul Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ayu.

Nur Syafiqah atau lebih mesra dengan panggilan Pika, baru sahaja habis Diploma dan sedang tunggu tawaran Degree dalam pendidikan, sementara empat sahabatnya lagi masih belajar dan akan menduduki SPM pada tahun ini.

Menurut Pika, Cikgu Ayu cukup istimewa di hati mereka. Walaupun kecil-kecil cili padi. Tapi sentiasa kuat, berseni dan tak pernah putus asa dalam mendidik anak muridnya. Malah, Cikgu Ayu juga seorang yang ceria dan sangat disenangi ramai.

“Cikgu Ayu adalah guru kelas murid Sains Rumah Tangga (SRT). Sejak dari dulu sehinggalah kini, Cikgu Ayu masih mengajar Subjek Pendidikan Seni Visual,”katanya kepada GPSBestari.

Kerana sayangkan cikgu Ayu, lima sahabat ini berpakat dan merancang untuk membuat sesuatu yang istimewa, sempena sambutan HARI GURU.

“Saya ex student sekolah SMK Sg Manggis. Saya dan murid kelas SRT yang plan untuk Cikgu Ayu.  Video ini pun dibuat khas untuk Cikgu Ayu, sempena Sambutan Hari Guru di SMK Sg. Manggis,  Banting Selangor. Hampir seminggu juga kami berpakat, dan akhirnya kejutan buat Cikgu Ayu menjadi. Cikgu Ayu nampak sebak dan terkejut. Kami sebagai pelajarnya juga teruja bila cikgu gembira dengan pemberian bouquet belon tu. Kami sayang Cikgu Ayu…”

Ikuti rakaman video mereka...