Sekolah Kebangsaan Brickfields 1 tular di media sosial susulan perkongsian gurunya, tentang kelas muzik yang dinaik taraf menjadi sebuah auditorium mini yang cantik.

Guru yang bertanggungjawab mengubah, sehingga terbinanya sebuah auditorium mini yang diberi nama Auditiorium Sabariah Shafiee itu menjelaskan, beliau tidak keseorangan, sebaliknya idea dan konsep asal tersebut terhasil daripada kerjasama erat beliau bersama Cikgu Fauzi Mohd Safi.

Serta mendapat sokongan dan persetujuan daripada Guru Besar, Sabariah Shafiee.

Pembinaannya bermula 15 September dan siap sepenuhnya pada Disember 2020.

“Auditorium kami bertemakan ‘Takkan hilang Melayu di mata dunia. Sementara pemilihan nama pula menggunakan nama ketua jabatan kami, merangkap Guru Besar SK Brickfields 1,  Sabariah Shafiee,”katanya.

“Saya dan Fauzi mengubah auditorium 100% secara hand made bermula daripada potong kayu dan semuanya.

“Kelengkapannya pula kami menggunakan bahan sedia ada di sekolah. Meja terpakai untuk dijadikan tapak pentas dan juga ruang tempat duduk auditorium,”jelasnya.

Tambah Guru yang mengajar subjek Muzik, Seni dan Sains itu lagi, objektif utama pembinaan auditorium ini adalah untuk memberikan keselesaan kepada murid dalam PdPc.

Selain kegunaan untuk warga sekolah membuat aktiviti sepeti konvokesyen Tahun Enam, event-event kecil sekolah dan lain-lain lagi.

“Dalam auditorium tersebut itu juga telah tersedia pa sistem yang dibeli khas untuk memudahkan program-program dijalankan.

“Kos keseluruhan untuk menyiapkan auditorium tersebut adalah dalam RM3500,”katanya.

Tambah beliau, halangan dan kekangan dari segi bajet bukanlah halangan. Usaha harus diteruskan sehingga apa yang diinginkan tercapai.

“Tapi saya bersyukur mempunyai Guru Besar sebaik Puan Sabariah Shafiee. Setiap hari beliau akan temani kami dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini pembinaan audi kami.

“Sebab itulah kami namakan audi tersebut bersempena nama beliau. Sebab beliau sentiada ada bersama kami sepanjang perjalanan pembinaan auditorium,”katanya.