CIKGU Ven atau nama penuhnya Venkateswaran a/l Ramiah cukup disenangi dan disayangi oleh ramai orang. Beliau seorang yang sangat mesra, dermawan dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

Seorang guru, Mohd Fadli Salleh berkongsi sedikit keperibadian Cikgu Ven menerusi laman facebooknya.

Kata Mohd Fadli Salleh...

"Cikgu Ven ini Non Muslim, namun beliau menggunakan masjid sebagai platform untuk membuat kelas tambahan percuma untuk murid tanpa mengira bangsa.

Ikuti perkongsian ini. 

**********

“Hey Sir Ven. I heard a lots about you. Finally i meet you. Wahhh, i’m so happy. Can we take a photo?” tegurku sebaik melihat Cikgu Ven.

“Ya cikgu. Boleh saja. Mana dengar tentang saya,” balas Cikgu Ven dalam Bahasa Malaysia.

Haha. Malu pula aku beria speaking English. Sir Ven reply dalam Bahasa Malaysia je.

Oh ya. Cikgu Ven ini salah seorang dari 16 orang adiwira yang KPM pilih tau. Kenapa beliau terpilih, aku ringkaskan serba sedikit ya!

Cikgu Ven ini Non Muslim, namun beliau menggunakan masjid sebagai platform untuk membuat kelas tambahan percuma untuk murid tanpa mengira bangsa.

Selain buat kelas tambahan percuma, beliau juga menganjurkan gotong royong di masjid, sering memberi sedekah kepada badan kebajikan, membantu orang susah dan sebagainya.

Menariknya, pihak masjid membuka pintu seluasnya untuk Sir Ven memandangkan hasratnya sangat murni dan ikhlas. Dah berbelas tahun Sir Ven meneruskan usaha murni ini.

Pelajar dari pelbagai kaum dan agama semua berpusu-pusu ke masjid untuk belajar Matematik dan Matematik Tambahan.

Bahkan Sir Ven mengajak semua pelajarnya bergotong royong di masjid, menganjurkan qiamullail (ya, Non Muslim anjur qiamullail kepada pelajar Muslim kita tau), projek kebajikan bersama murid Muslim dan sebagainya.

Jelas di sini Sir Ven sangat layak diangkat menjadi adiwira kerana sumbangan besar beliau terhadap masyarakat setempat.

Apa yang dilakukan oleh Sir Ven boleh ditiru oleh kita sebagai guru Muslim ini.

Pakat-pakat ikut cara yang baik. Bantu tanpa mengira kaum dan agama. Jangan mainkan sentimen keagamaan. Dan TAK perlu takut pada simbol agama yang lain. Ni tengok salib pun dah kecoh.

Dan jika suatu hari nanti, ada guru Muslim mengajar di dalam gereja atau kuil asbab mencontohi semangat Cikgu Ven ini, tolonglah jangan kecam.

Kita sokong usaha murni mereka dan moga-moga asbab keikhlasan itu menarik lebih ramai orang sukakan Islam.

Sir Ven, you have my respect!

#MFS

- Satu dari 16 adiwira negara -

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

ARTIKEL MENARIK:

'Hormati mak ayah, kawal nafsu, kejar syurga' - Siapa jadi pelajar Cikgu Ven pasti dapat nota ini

Pernah dirotan dan ditampar guru...kini siapa sangka Firdauz dah jadi 'orang kuat' di sekolah

Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya

Guru ini sanggup menyumbang sejumlah wang gaji untuk sedia kelengkapan pelajar yang rata-rata miskin

Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar