GURU Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara, Changlun, Kedah, Mohd Nizam Saidin sekali lagi berkongsi kata-kata motivasi untuk semua pendidik di sekolah itu.

Karya bertajuk 'Orang Yang Rugi Apabila...' ditujukan khas buat guru-guru seramai 86 orang di sekolah tersebut.

"Saya harap, karya sedemikian dapat dijadikan sebagai pembakar semangat buat mereka," ujarnya.  

Terdahulu, GPS Bestari pernah menyiarkan beberapa karya menarik hasil nukilan Cikgu Mohd Nizam.

Antaranya menerusi artikel ‘Tak pernah walau sehari tak kongsi’ - Guru Besar, Mohd Nizam Saidin.

Karya terbaharu Cikgu Mohd Nizam

1) Dari Meja GB

(13 Jun 2020)

ORANG YANG RUGI APABILA...

Tunggu nak faham sepenuhnya baru nak buat, maka kita akan ketinggalan.

Tunggu kawan buat dulu baru nak buat, maka kita akan ketinggalan kerana takut kepada risiko.

Tunggu belajar sampai faham tapi tiada masa untuk belajar, maka kita akan ketinggalan dari segi masa.

Tunggu arahan sahaja tanpa cipta sesuatu, kita akan hanya jadi pak turut.

Tunggu contoh sahaja, kita akan jumud dan beku.

Baru nak tengok, lagilah rugi.

Asyik rugi je...carilah dan ciptalah sesuatu yang boleh membawa kita lebih baik ke hadapan.

Apabila ingin melakukan sesuatu, tapi selalu dengan alasan, maka kita akan berada dalam kerugian yang berakar umbi.

Pengalaman lepas banyak mengajar kita.

Surah Al’Asr mengingatkan kita...

Artikel menarik:

Anak dah Tahun Satu, belum pandai membaca? Sembilan langkah ini mungkin boleh bantu...

10 tip diet sihat untuk pelajar amalkan bila sekolah dibuka. Guru-guru pun boleh juga cuba

Muncul pemenang Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2019. Guru SMK Taman Widuri bawa pulang Proton X70 Premium

Dapat A bahasa Inggeris SPM 2019, Cikgu Rizal hadiahkan ini pada pelajar. Murahnya hati seorang guru

Ketahui 18 SOP sesi persekolahan PKPP