Di bawah ini saya perkenalkan sebahagian cikgu-cikgu sekolah yang wajib kalian ikuti di Facebook. Mereka selalu berkongsi ilmu dan perkongsian padu. Namun sebenarnya, masih ramai lagi guru power yang kalian kenal, anda boleh tag mereka di ruangan komen. Boleh orang lain follow juga.

1. Cikgu Firdauz Abdullah

- Seorang guru besar di Sk Pekan Nenas, Johor. Selalu berkongsi cara mendoodle, sistem pentadbiran dan anak istimewa beliau.

2. Cikgu Pe Chey

- Seorang guru di Klang. Juga salah seorang team Dana Kita. Selalu menulis tentang kehidupan, tentang anak-anak murid dan kisah hidup beliau. Kelakar juga kadang-kadang. Best!

3. Cikgu Muhammad Nazmi

- Seorang guru muda dari Sarawak. Sangat bagus dalam mengajar. Berkorban pelbagai perkara demi anak-anak murid beliau. Rajin yakmat budak ni sorang. Masih bujang.

4. Cikgu Asraf

- Seorang guru BM dan Sejarah di pedalaman. Selalu sangat berkongsi ilmu dan tips BM serta Sejarah dengan kaedah sangat mudah. Wajib follow beliau jika nak ilmu ajar anak-anak di rumah. Juga masih bujang.

5. Cikgu Aman

- Ni otai STEM. Power namatey bab STEM. Guru sekolah menengah ini juga antara guru terbaik STEM dalam Malaysia.

6. Norhailmi Abdul Mutalib

- Guru pertama yang ikuti program High School Teacher di Geneva. Adiwira guru negara. Tahun ini tersenarai antara 50 Guru Terbaik Dunia. Memang power. Tahniah beb!

7. Sir Samuel Isaiah

- Ini antara sahabat guru yang aku sayang sungguh walau berbeza kaum dan agama. Dia punya kesungguhan mengajar anak-anak didik beliau, hujung kuku dia pun aku tak mampu capai. Pun tersenarai antara 50 Guru Terbaik Dunia. Tahniah brother.

8. Cikgu Muhammad Saffuan

- Cikgu Math dan STEM. Pun selalu berkongsi bahan dan power yakmat ni.

9. Teacher Dilla Kamal

- Ni English teacher yang sangat rajin berkongsi bahan pengajaran. Satu Malaysia dok kongsi bahan dia je. Power dan cun.

10. Ustazah Liana Rosli

- Ustazah Liana Rosli ni ustaza PPKI. Pun selalu berkongsi bahan PPKI. Ada anak di PPKI, follow beliau. Hebat dan power sengoti.

11. Cikgu Nur Rawaidah

- Ikon Guru Pendidikan Khas ni power dan rajin. Ikon guru kot. Memang hebat dan selalu berkongsi ilmu.

12. Cikgu Siti Zubaidah Musa

- Cikgu pemulihan dan pendidikan khas. Selalu kongsi bahan pembelajaran untuk anak-anak istimewa. Hebat dan rajin sekali.

13. Mohamad Khamidon Sadi

- Cikgu Donze. Salah seorang guru dan abang paling berbakat. Guru Adiwira negara ni. Power melukis, menyanyi sedap, jadi emcee pun handal.

14. Cikgu Abdullah Alif Dahlan

- Ni sahabat aku yang mengajar di Sabah bah. Dia ni pun Guru Adiwira negara. Memang power bab hasilkan video dan seorang YouTuber yang handal. Dia ni gemparkan seluruh sistem pendidikan dulu bila jadi Ultraman, jadi Superman semata-mata nak gembirakan hati murid-murid. Juga seorang ahli silap mata yang handal.

15. Dr Wan Ahmad Faiz Marzuki

- Ini Nazir Kebangsaan. Brother aku ni seorang yang teliti dan cermat yakmat. Memang sesuai jadi nazir. Aku pun seram kalau dia datang ke sekolah ni. Haha. Dia boleh menulis ucapan menteri secara terus dengan kesahan yang tinggi. Hampir semua detail dapat dia tulis walau ucapan tu laju. Beribu share juga tulisan dia pasal ucapan menteri.

Kenali Cikgu Mohd Fadhli Salleh

Apa kata GPSBestari: Tidak lain dan tidak bukan, Cikgu Mohd Fadhli Salleh juga antara guru yang banyak menyumbang ke arah kemenjadian murid. Perkongsian dan usahanya tidak boleh dinafikan lagi. Malah, keprihatinan beliau membantu golongan kurang upaya juga sangat memberikan inspirasi kepada semua...

Beliau merupakan Guru Matematik sekolah rendah yang selalu berkongsi tip dan video mengajar di Facebook beliau. Juga dikenali sebagai Guru Paling Berpengaruh kerana mempunyai bilangan lebih 347k followers di Facebook.

Pesanan Cikgu Fadhli:

"Ramai lagi sebenarnya guru-guru yang hebat dan power. Aku je tak tertulis semuanya. Kepada rakan-rakan guru lain yang hebat dan handal, maaf banyak-banyak jika nama kalian tiada dalam list. Kalian tetap hebat dan power."

#SHARE list ini agar ibubapa lain dapat follow semua guru-guru hebat ini. Dapat la membantu mereka mengajar anak-anak di rumah musim PKP ni.

Artikel berkaitan:

Musim PKP: Gigih Cikgu Nazmi jelajah 13 kampung, hantar kerja sekolah murid

Aktiviti menyeronokkan yang anda boleh buat sepanjang PKP

PKP pun pelajar hantar kek sempena hari lahir cikgu, Cikgu Donze terharu terima kejutan

PKP bulan 'bulan madu' - Guru Cemerlang Matematik kongsi tip mudahnya belajar atas talian

Cikgu boleh cuba kaedah ini, cara mudah ajar murid lemah kuasai jawi