PEMBERIAN hadiah daripada seseorang akan memberi seribu makna kepada penerima. Tambah lagi hadiah yang diterima itu benda yang sangat diidamkan.

Ikuti perkongsian guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pegang, Baling, Cikgu Esmimi Elias berkenaan hadiah yang diberikan kepada muridnya. Sangat terinspirasi.

**********

Yang sedia maklum memang akan tahu yang aku akan berikan hadiah istimewa kepada murid kelas aku yang kehadiran 100%.

Aku pernah hadiahkan roller blade, kereta kontrol untuk mereka.

Tahun ini seorang murid aku yang hadir 100% tanpa cuti ke sekolah.

Demam atau sakit dia tetap akan hadir. Maka aku akan berikan hadiah ini kepada dia nanti.

Inilah antara kisah hadiah yang paling terkesan dua tahun lepas.

Anak murid aku sanggup datang ke sekolah kerana inginkan hadiah roller blade.

Satu hari aku nampak dia terincut-incut ke sekolah. Aku nasihatkan dia supaya tak perlu datang tetapi dia tetap degil. Aku marah. Aku telefon ibunya agar dibawa pulang anaknya.

Tetapi dia tetap hadir. Aku hairan kenapa jalannya kian teruk. Apabila aku minta untuk lihat lukanya, Allah terkedu aku.

Lukanya memang agak serius tetapi oleh kerana hadiah kehadiran tersebut dia tetap datang ke sekolah. Aduhai la anak. Tak sangka pula kamu bertekad begini.

Akhirnya aku tetap berikan hadiah roller blade kepadanya.

Kadang-kadang mereka inginkan sesuatu dan akan usahakan sehabis baik walaupun di kelas akhir. Aku sebagai guru akan berusaha untuk mereka.

Tidak mahu yang keciciran sekolah dan pasti aku lakukan apa sahaja. Ke sekolah setiap hari tanpa keluh kesah akan pasti ada ganjaran daripada aku.

Tanda terima kasih atas pengorbanan kecil mereka ke sekolah. Biarlah hadiah ini untuk kenangan mereka nanti.

Artikel menarik:

Murid ini bawa balik baki tembikai RMT untuk adik-adiknya di rumah. Cikgu Esmimi sebak!

Gara-gara murid sukar sebut huruf F, cikgu prasekolah ini masih lagi boleh senyum. Sabar ye cikgu!

Baru dua tahun jadi Guru Besar, Cikgu Roslan terpilih meneraju sekolah paling padat di Malaysia

'Dulu selalu kongsi makanan dengan kawan, tapi sekarang...' - Luahan murid ini buat cikgu sebak