TERKENANG persembahan pertama saya ketika berumur enam tahun di sebuah tadika di Melaka.  

Cikgu meminta sekumpulan murid yang boleh membaca Al-Fatihah dalam halaqah sempena hari “konvokesyen” nanti.

Saya terpilih. Tapi saya request nak baca surah lain, Al-Qori’ah. (Dari kecik nak lebih dari orang lain). Cikgu tak bagi sebab tak semua murid hafal surah tu. Balik rumah saya report kat ayah saya yang cikgu tolak permintaan saya. (Kaki report sejak azali).

Ayah saya (Tok Sidang kampung) segera berjumpa cikgu. Ayah turut tak berpuas hati permintaan anak kesayangannya ditolak. Terkulat-kulat muka cikgu. Maklumlah, siapa tak kenal panas baran askar pencen ni. Saya rasa bersalah juga, tapi saya amat berhajat dapat baca Al-Qori’ah atas pentas konvo nanti.

Cikgu mempertahankan hujah. Ayah terus bantah. Akhirnya, cikgu memutuskan bacaan Al-Fatihah ditukar kepada Al-Qori’ah. Murid-murid lain digugurkan dari persembahan kerana tiada yang hafal surah tersebut. Bermakna saya akan membuat persembahan solo. (Nampak tak dari kecik nak “spotlight”).

Pada hari kejadian, saya neves teruk! Saya buat persembahan pembukaan. Ramai ibu bapa hadir. Sesekali berlakon memandang Muqaddam (sebab tak pandai mengeja pun lagi masa tu) sambil mengerling melihat emak ayah di barisan hadapan.

Saya mulakan bacaan, baru ayat kedua suara sudah terketar. Ayat ketiga saya terhenti...saya terlalu takut. Saya menangis. Saya cuba sambung tapi suara sudah teresak-esak dan saya bingkas untuk turun pentas.

Ayah pantas berlari naik ke pentas. Ayah dudukkan saya semula. Ayah gosok belakang badan saya beberapa kali. Rasa sedikit tenang. Ayah pegang mikrofon dan dekatkan di bibir saya. Ayah cakap, teruskan bacaan. Saya kawal tangis. Selepas beberapa ketika, saya dapat meneruskan bacaan ditemani ayah di atas pentas.

Selepas habis bacaan. Semua ibu bapa memberikan tepukan gemuruh. Saya kembali bersemangat dan yakin diri. Mungkin inilah titik mula datangnya keberanian saya beraksi di pentas. Ayah memimpin turun ke pentas bersedia pula untuk persembahan-persembahan lain.

Kenangan persembahan pertama jadi buah mulut. Ye la, saya punya pasal nak sangat baca Al-Qori’ah. Kan dah kena baca sorang-sorang. Kan dah nangis. Haha. Tapi, nak bagi tahu, itulah Ayah, akan cuba tunaikan hasrat anaknya. Itulah Ayah, selalu ada menemani anaknya bilamana diperlukan.

Terima kasih Ayah

Selamat Hari Bapa, Ayah.

Dr Mohd Istajib bersama ayahnya, Mokhtar Kelah yang sentiasa ada di sisi bila diperlukan.

Sumber: Facebook Istajib Mokhtar

Dr Mohd Istajib Mokhtar

BSy (Law), MSy, PhD (Malaya)

- Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya

ARTIKEL MENARIK:

Guna plastik ikan sebagai beg sekolah..bila koyak, ayah ganti dengan plastik ikan yang baru

Mak ayah perlu buat ini jika mahu anak mereka skor A Matematik UPSR

'Segala-galanya penuh dengan warna-warni' - Cikgu Nurul imbau kenangan manis sewaktu mengajar di MTD

Catat tip yang diberikan guru berpengalaman - Bapa ini kongsi rahsia peroleh 6A dalam UPSR

Niat nak bantu pelajar, tak sangka dapat anugerah - Dr. Maszlee pun puji cikgu ini di fb