KISAH Aiman seperti mana yang dikongsi GPS Bestari menerusi artikel ‘Sikap Aiman hanya satu dalam seribu’ - Guru luah rasa sebak bila Aiman buat ini padanya, mendapat perhatian netizen di media sosial.

Kebanyakan netizen memuji sikap pelajar yang bernama Aiman ini. Rata-ratanya mendoakan agar perjalanan kehidupan Aiman dipermudahkan oleh ALLAH.

Wan Halimaton Wan Abdullah: Alhamdulillah...ibu ayahnya berjaya menyemai budi baik, adab sopan menjadikan akhlaknya indah dan sejuk menusuk jiwa. Semoga dirahmati ALLAH SWT cikgu dan Aiman. Insya-Allah.

Natrah Yusoff: Jarang anak murid yang akhlaknya tinggi di zaman serba canggih ini. Bangga jadi ibu bapa yang tinggi pekertinya dek kerana didikan mereka.

Rusnah Ahmad: Semoga Aiman berjaya dunia akhirat

Nor Hamimi Ambak: Budak-budak lain segan nak buat camtu kat cikgu

Fadzilah Abu Bakar: Mak ayah Aiman mesti bangga dapat lahirkan anak yang sopan santun baik akhlak nya.

Rozeah Shamsuddin: Semoga ALLAH permudahkan segala urusan Aiman dunia dan akhirat dan menjadi ANAK YG SOLEH. Aamiin.

Lynn Ali: Alhamdulillah...saya juga berharap anak saya bernama ‘Aiman’ juga menjadi seperti ‘Aiman’ yang diceritakan ini...tinggi akhlak dan budi pekertinya. Berjaya dunia akhirat. Amiinn.

Vivi Erma Bt Abdullah: Didikan bermula dari rumah...Semoga ramai lagi anak-anak didik seperti Aiman.

Faris Fahmi: Semoga Aiman sentiasa cemerlang serta berjaya dunia dan akhirat.Aamiin.

Seperti yang dipetik dalam artikel berkenaan...

“Walaupun Aiman adalah pelajar biasa dalam bidang akademik tetapi nilai-nilai murni yang ada pada dirinya, buat ramai sayang,” kata guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di daerah Muadzam Shah, Cikgu Ropizam San.  

Catatan kisah Aiman yang dikongsi GPS Bestari pada 25 September lalu, mendapat 700 tanda suka, dan 300 perkongsian setakat ini.

 

 

 

Artikel Menarik:

Kerana longkang pra sekolah tersumbat, guru besar sanggup 'buat ini' - Ramai yang terkejut!

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

'Mulia sungguh hatimu...moga ALLAH melipat gandakan pahala buat cikgu'

Cikgu Hailmi kongsi cara bedah jantung lembu di makmal sains sekolah - Teruja nak tengok kaedahnya

Cikgu ini sebak terima sebatang lidi sate pemberian anak murid, rupa-rupanya...