Guru Penolong Kanan Kokurikulum, subjek Pendidikan Moral SK Simpai, Pekan Pahang, Cikgu Mohamad Sahaimi Zainal berkongsi kisah menarik ketika temuduga untuk menjadi seorang guru.

Kisah Aku Budak Kampung  (Temuduga)

Hari ni nak kongsi kisah kali pertama dalam hidup aku pergi temuduga..

Nak lukis dok reti tulis jela hehe..

Hari itu pertama kali dalam hidup aku dapat surat untuk menghadiri temuduga.

Yang paling bangga tu temuduga nak masuk Maktab Perguruan.. Pergghhh nak jadi cikgu la katakan.. hehe..

Mula-mula tu gembira sangat la aku, ayah aku bagi cuti la bancuh simen hehe.. Aku pun pergi la melepak ngn kawan-kawan aku hari tu.

Oii dok keje ke hari ni?

Mana boleh keje simen-simen ni dah kang kaso tangan aku, aku kena keja pakai pen pulok leni hehehe..

Kami pun borak-borak la, bila masuk bab temuduga tu aku kawan aku kabo la kena gini la gitu la..

Ahhh sudah.. mengkarap aku gini. Berkata dalam hati.. mana aku ada pakaian gitu..

Malam sebelum temuduga tu aku test la pakaian yang aku pinjam. Seluar sepupu aku, baju sepupu aku, kasut abg aku, stokin n tali leher abang aku..

Siap pakai, ambik nak seluar singkat beno, lengan baju panjang dah macam nk sampai siku singkatnya, kasut lagi la pulok beso gedabok aku sumbat surat kabo dalam dia nk bagi kemas hehehe..

Tapi biasa kalo orang pompuan pakai singkat-singkat ni mudah lulus temuduga harap aku gitu juga la..

Malam tu abang aku ajar la aku berjalan sebab dia tahu aku mesti jalan macam lori yang casisnya bengkok hehe..

Subuh hari aku pergi la ke tempat temuduga, aku awal sampai takde sapa-sapa pun masa tu.. tak lama datang la sorang lelaki duduk tepi aku. Aku tanya nak temuduga ke? Dia jawab ya..

Dalam hati takkan la dah umur lebih 50 tahun baru nak temuduga masuk maktab, mau habis belajo terus pencen je..

Aku sembang lama la dengan dia bab-bab kerja-kerja aku, tiba-tiba dia bangun masuk dalam bilik temuduga tu, aku pun kabo la encik tak boleh masuk, tak baik curi-curi masuk dalam tu..

Dia diam je, aku bangun tahan dia.. Saya nak kemas dalam ni la, saya kerja sini bukan nak temuduga pun katanya..  

Akupun biarkan la dia masuk kemas bilik tu..

Tak lama datang la ramai tunggu nasib  bakal ditemuduga hari tu..

Yang tak tahan tu diaorang siap tanya aku macam-macam ingat aku kerja kat situ ke.. punya hensem aku hari tu tak nampak gamoknye..

Mula la sorang-sorang masuk pahtu keluar, ade yang senyum ade yang menangis.. Ahhh sudah mengkarap la aku..

Tiba-tiba bunyi ting ting.. rupanya giliran aku, maka dengan penuh bergaya aku bangun dan berjalan macam lori yang casisnya bengkok tu menuju ke bilik. Tolak je pintu aku terus melangkah, tak dan nak bergaya lagi aku rebah tersepat kaki sendiri.. hehehe

Haaa kenapa pulok tu? Kata orang dalam tu.. Aku angkat muka tengok pakcik tadi, tersepak kaki sendiri kata aku.. lepas tu dia gelak..

Aku bangun terus pergi kat kerusi ada sorang perempuan duduk depan aku sambil sengih..

Pakcik tu suruh aku duduk, terkejut aku rupanya dia la yang akan temuduga aku..

Haa baru nampak tali leher tadi tak pakai.. kata dia.. Tadi isi dalam kocek kata aku.. dia tak tau aku ni dah rasa macam lembu nak kena semelih terjerut leher…

Gambar ni awak lekat pakai apa? Tanya perempuan sorang tu.. Pakai nasi lenyek, rumah saya takde gam.. kata aku..

Memang la kalo perempuan ni habis dia kelebek sampai aku gam gambo tu pun dia cek, mengkarap aku gini..

Awak tau prasekolah tu ape? Tau la sekolah ajar budak-budak kecik, kata aku.

Budak-budak ni suka menyanyi, awak pandai nyanyi?

Maka menyayi la aku lagu Burung Tiong siap kibas-kibas tangan macam kepak burung sambil pusing-pusing dalam bilik tu..

Habis je aku menyanyi dia kabo dah selesai.. Aku rasa dia dengar suara aku macam burung gagak gamoknya tu yang awal selesai..

Betul ke ni encik tak nak tanya apa-apa dah? Aku nak kepastian.. Betul la saya dah temuduga awak lama kat luar tadi katanya..

Aku pun mohon minta diri sebelum aku sampai kat pintu.. dia cakap Sahaimi kenapa awak berani tahan saya masa saya nak masuk tadi?

Saya tahan encik sebab… nak selamatkan encik dari melakukan kesalahan, kata aku pada dia.

Jadi awak tak takut  kalau saya marah dan gagalkan awak untuk temuduga ni.. Katanya lagi.

Tak.. kata aku dan aku pun berlalu pergi..

Aku memang tak mengharap sebab aku tau macam mana kehidupan aku. Aku cuma tawakkal seandainya ALLAH  menerima dan memilih aku menjadi penyampai ilmu maka akan aku sampaikan segala apa yang aku ada untuk manafaat semua..

Alhamdulillah ALLAH menerima dan memilih aku, berbulan selepas itu aku menerima surat tawaran untuk memasuki Maktab Perguruan Afzan Semambu (PRA / PM).

Dan hari itu Ibu dan Ayah memeluk dan menangis atas kesyukuran kerana akulah orang katakan tiada masa depan

Semoga Arwah Ibu dan Ayahku ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. aamiin..