Pernah alami kisah seram di sekolah? Selain pelajar, guru juga pernah mengalami pengalaman yang sama.Antara kisah  misteri yang sering dialami mereka adalah, kewujudan kelibat, bertemu 'kembar' dan tidak kurang juga usikan 'bunyi-bunyian'.

Baru-baru ini, di grup 'Kami Guru Malaysia,' 'ChickenLoop Rider Funride' telah berkongsi pertanyaan, ' Apakah kejadian misteri yang pernah anda alami sendiri di sekolah?." Posting tersebut telah mendapat maklum balas pelbagai, ada yang lucu dan tidak kurang juga menyeramkan.

Nak tahu seram ke tidak, anda nilaikan sendiri...

"Saya ke sekolah hari sabtu pukul 6.30 petang minta guard buka grill tangga yang paling hampir dengan makmal fizik. Saya minta guard tunggu di tangga sebab saya nak masuk sekejap sahaja, nak ambil fail-fail. Guard buka grill dan tak turun supaya lepas saya siap, terus boleh kunci grill tu.

Saya buka pintu makmal, (kunci spare saya simpan satu) ,switch on kipas dan lampu terus menuju ke rak yang saya simpan fail dan tengah dok pilih fail nak ambil tu, kipas pusing laju yang tak konsisten + bunyi dia... Masyalah macam nak jatuh atas kepala.. bunyi macam ada benda berat atas kipas tu.. Saya perhati betul-betul mana tau ada budak tersangkutkan beg kat bilah kipas (memang pernah berlaku enam tahun lepas, kipas jadi berat dan tak seimbang.. rosak dan jatuh atas kepala guru kami)

Lama saya perhati dua dua kipas tu.. . Tak ada benda pelik yang ada kat bilah.. Dengan tak semena-mena ada skru jatuh dari lampu kalimantang yang berada beberada kaki dari saya.. Pelik sungguh.. Dengan kipas yang kuat dan bunyi pelik ..tiba-tiba skru jatuh atas meja makmal dan bergolek ke lantai.. Saya cari skru tu sebab saya takut lampu jatuh atas kepala..  Tak sempat tunduk cari skru tu.. Lampu tadi meletup. Keluaq asap hitam dan terus terpadam. Huhu..time tu saya berlari ke tangga pucat agaknya muka saya terus jerit kat guard..

Salman.. Mai tgk sat.. Awat yg berasap ni.. Mampuih la.. Takut jadi litar pintas.. Barang saya banyak dalam tu..nak nangis wei.

Selamba ja salman jawab.. Takpa cikgu, dia melawak ja..

Adui melawak apa Salman oi.. Ketaq habih dah lutut saya. Jom teman sat..

Salman teman masuk saya ambik fail cepat-cepat dan tutup semua kipas dan lampu. Asap tu masih  ada dan Salman dok kat pintu tunggu saya kunci pintu

Sy serah kat Salman kunci nak suruh dia cek balik mana tau terbakaq sungguh ka makmal saya.. Nangis.

Esoknya.. Ahad pagi ..mai makmal terus masuk bilik pembantu makmal..semangat cerita apa yang berlaku petang semalam.. Siap tarik tangan dia nak bagi dia rasa angin kipas dan tunjuk lampu yang dah blow tu.. 'Tiada apa berlaku!' 

Allahu.. Saya tunjuk lampu yang berasap tu.. Menyala je macam biasa.. Kipas yg macam nk tercabut tu.. Berputas stabil je..

Salman datang time rehat bagi balik kunci saya.. Dia cakap dia buat round dalam pukul 10, tak ada bau hangit apa pun. So dia turun balik.  Tak buka la pintu makmal.

Satu hari Ahad tu saya rasa terus nak demam dan bila berdiri..masih terdengar skru yang jatuh kuat tu..

Insaf terus.. Tak mau la pi dah makmal waktu ptg"

Kisah seram lain

Kisah 1

Kisah 2

Kisah 3

Kisah 4

Kisah 5

Kisah 6

Kisah 7

Kisah 8

Kisah 9

Kisah 10

Kisah 11

Kisah 12

Kisah 13

Kisah 14

Kisah 15

Kisah 16

Kisah 17

Kisah 18

Kisah 19

Kisah 20

ARTIKEL MENARIK:

Tajau usia 500 tahun perlu dimusnahkan..Ustaz Malik mahu Aki jujur bercerita dan ini yang berlaku

Berkain sarung tanpa baju, siapa pakcik tua yang tegur Ustaz Malik pada malam itu?

Ternampak kelibat menakutkan depan rumah..Ustaz Malik terus diganggu

“Kenapa tak nak pergi sekolah?”- Guru prihatin, pujuk murid nangis terus sauk bawa ke kelas

Suara macam artis, memang padu cikgu Muzik ni nyanyi lagu ‘Sumpah’ dalam kelas