Kreatifnya cikgu…. Bila sekolah dah cantik, guru dan murid pun semua jadi suka dan gembira ke sekolah.  Inilah yang dihasilkan oleh sekumpulan guru panitia Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam (SKBD).

Idea yang dikongsi oleh Cikgu Tuty Martini Hj Amid di facebook TcherCollection - TC ini telah  mendapat 3,600 tanda suka, 1,000 komen, dan 1,600 perkongsian setakat ini.

Pada awalnya HIP & HOP LANE SKBD tersebut sudah mula kehilangan hurufnya, namun atas inisiatif dan usaha guru ini bersama beberapa guru lain, penambahbaikan berserta olahan baru yang dihasilkan, HIP & HOP LANE SKBD nampak lebih menarik dan ceria.

“Saya mengambil masa dua minggu sebelum cuti sekolah untuk menyiapkan HIP & HOP LANE, sebab kami membuat kerja melakar mengecat ni bila waktu free sahaja. Minggu pertama, diisi dengan proses merancang pembahagian kerja dan pembelian, manakala minggu kedua, kami mula melakar dan mengecat.

“Antara guru yang terlibat adalah, saya sendiri sebagai ketua Panitia BI dan penyelaras PSS, Suryahana Saedan Mokhtar,  Faridah Hariani Abd Hadi, Maimunah Mohd Amin, Herman Shah, guru BI Pendidikan Khas, Syafiq Abd Ghani, dan juga Fakhruddin Sharifud-din. Tidak dilupa, Guru Besar, Puan Juniadah Abu Adam yang banyak memberikan sokongan dan sumbangan kewangan untuk projek ini.

“Antara kesukaran dan cabaran yang terpaksa dilalui oleh kami, adalah perlu menyiapkan tugasan ini sebelum cuti sekolah dan cuti raya, dalam bulan puasa. Walau bagaimanapun, sebagai Ketua Panitia, saya perlu perlu merancang projek ini dengan lebih teliti, agar hasilnya memenuhi kriteria yang diperlukan. Alhamdulillah, dengan semangat kerjasama semua pihak, lakaran tersebut dapat disiapkan segera,”katanya.

Artikel berkaitan:

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Pelajar kelas belakang..cikgu ini kongsi enam kelebihan bagaimana nak ajar mereka

Guru Adiwira ini kongsi lapan tip, tarik minat belajar anak Orang Asli

Pelajar kelas belakang..cikgu ini kongsi enam kelebihan bagaimana nak ajar mereka

'Sini mak, Syikin kat sini, mak datanglah' - Gangguan satu suara buat Ustaz Malik dalam ketakutan

Lapan tip otak sihat, untuk jadi lebih bijak dan pandai