Kreativiti seorang guru Fizik dari MRSM Sungai Besar, Selangor menghasilkan beberapa lukisan mural Fizik pada tiang-tiang makmal, menjadi daya tarikan utama pelajarnya meminati Subjek Fizik di sekolah itu.

Guru Kanan Fizik, Cikgu Norazila Azmi, berkata, unit Fizik MRSM Sungai Besar mengambil inisiatif dengan melukis mural di tiang-tiang makmal berkaitan info Fizik, adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar kepada subjek Fizik, memandangkan tanggapan mereka, subjek ini sukar untuk skor A+.

”Bukan saya seorang yang menghasilkan mural tersebut. Tetapi projek yang dikenali sebagai Physics Street Art ini turut disertai oleh semua pelajar dan guru-guru fizik, mengikut pembahagian kumpulan.

”Semoga inisiatif ini antara usaha untuk memastikan kejayaan anak-anak pelajar dalam bidang Sains Tulen disamping program khas Ulul Albab yang dilaksanakan di sini,”katanya.

Katanya, pelajar-pelajar juga turut teruja dengan mural info fizik yang dilukis pada tiang.  

Selain dapat meningkatkan motivasi untuk belajar, pelajar juga mudah menghafal formula dan konsep pembelajaran.