Sejak tularnya kisah murid tahun 5 yang cukup pandai bersolek bagaikan diri jurusolek profesional, adik Nurul Iris Nasyilla Khairi atau Iris Khaira makin dikenali ramai.

Kerana bakat uniknya dalam bidang solekan itu, adik Iris mula dihujani pelbagai komen daripada netizen.

Hampir setiap hari, komen berbaur positif dan negatif diberikan kepada adik Iris. Ada yang mendoakan, memberi kata-kata semangat dan juga menyokong hobi adik Iris dalam bidang yang diminatinya itu.

Komen negatif juga turut dilemparkan kepada murid Sekolah Kebangsaan Tasek Permai, Pulau Pinang ini. Sesetengahnya menghentam hobi adik Iris yang suka bersolek itu dan ada juga yang menyalahkan keluarganya, kerana membenarkan dia berkecimpung dalam dunia glamor.  

Menerusi facebook Iris Khairi, ibu kepada adik Iris meluahkan isi hatinya mengenai perkara tersebut.

Ikuti luahan ikhlas ibu muda ini.

**********

Cerita adik Iris

Tiba-tiba rasa terbuka hati untuk cerita kisah adik Iris yang sudah jadi tumpuan ramai

Ok

Adik Iris sekarang umur 11 tahun darjah 5..

Asal dari Perlis menetap di Penang

Seorang budak kampung, dari keluarga biasa2!! cukup-cukup makan orang kata..(Alhamdulillah)

 

Macam mana boleh pandai makeup!!

Belajar kat YouTube, ig, kadang-kadang facebook

Ibu bukan MUA!!!

 

Sejak bila pandai makeup?

Minat dari kecil-kecil lagi 8 tahun tapi ibu x galakan

10 tahun start merungut, merap ibu suruh tolong beli kan barang-barang kosmetik

10 tahun dah mula pandai guna barang makeup

sampai sekarang dah 11 tahun.. Boleh la makeup cara budak-budak

 

Ibu mula up video kat facebook

Suka-suka

Ada kakak-kakak auntie mula nampak bakat adik Iris..

Mula start review produk, ada yang bagi gift, ada yang upah (kita x kesah)..daripada dia duk makeup main-main saja kan..

 

Sekarang dah jadi viral dekat media sosial

Sudah semestinya ada yang suka dan tak suka

 

Kakak waktu ni main itu main ini dek!!!

Saya pun main kak petang-petang masih kayuh bicycle, main masak-masak..main dengan kawan-kawan macam budak lain juga..Cuma buat masa sekarang tak ada masa nak main

Pagi sekolah rendah balik 2.30

Kul 3 p kafa dan sambung tuisyen sampai kul 6.45

Lepas tu p mengaji

Kakak-kakak rasa saya ada masa main x!!!!

Malam buat homework

 

Belum usia kau dek jangan ngada-ngada.. Ni mesti ibu dia yang galakan!!!

Memang betul belum usia sebab budak lagi kan faham

Tapi dia terlalu minat makeup

Sampai tahap masuk bilik kunci pintu.. makeup diam-diam tanpa pengetahuan ibu

Tiap-tiap kali makeup kena marah dengan abah

N pada 1 hari..

Abah rampas semua barang makeup dia simpan, tak nak dia main makeup².. nak dia tumpu kepada pelajaran.. (banyak kali)

 

“Ibu..

Kakak stress laa..

Kakak x tau nak main apa (ibu x galak dia main kat luar) nak main doll, kakak dah besar la ibu!!! Ya laa.. Macam-macam berita zaman sekarag.. Rogol sana sini, kes culik laa..

Dari dia merayau kat luar.. lebih baik dia main makeup kat dlm rumah.. Depan mata kita..  

.. Main phone pun kami had masa untuk dia main

 

Ibu mula izin kann.. Dengan syarat!!!

Homework siap

Solat jangan tinggal

Dengar nasihat ibu abah

Lepas makeup terus cuci muka bersih-bersih (double cleansing)

Tolong ibu buat kerja rumah dahulu (kadang-kadang tolong kadang-kadang tak)

Izin makeup hari-hari minggu atau hari-hari cuti sahaja

 

Kalau anak saya usia macam ni.. Ajar masak nasi, cuci baju, basuh pinggan, lipat baju bla bla bla!!!

Basuh baju ibu x ajar.. sebab dah ada mesin basuh.. kecuali kasut sekolah suruh dia basuh dan buh kapur sendiri

Gosok baju sendiri

Basuh pinggan sendiri

Sidai kain, lipat baju boleh.. x ajar pun.. cuma suruh dia buat kadang-kadang

Ngasuh ad, ek²,

Goreng telur, masak meggi selalu buat (dan dia memang minat nak belajar masak tapi ibu xda masa nak ajar sikit-sikit boleh laa)

 

Asyik makeup, buat video mesti rumah bersepah!!!

Bukan 24 jam kak makeup buat video!!! Video pun ibu yang tolong edit dan sebelum buat dia minta izin dulu..

 

Masa main hz..

Kita had kan masa!!!

 

Aduhai anak syukurlah kau bukan anak aku.. Kalau anak aku begini patah mematah hanger di badan mu!!!!

X sayang anak ke!! Sampai nak tibai2.. Tanya je!!

N syukur juga sebab adik Iris lahir jadi anak saya (alhamdulillah) bukan anak awak!!!

Sekarang boleh buat income sendiri untuk masa depan

Banyak nak ikat kontrak sampai sanggup nak bagi 2k untuk 1 produk (alhamdulillah)

Wartawan nak interview

Dah masuk TV3

Blog-blog sudi share sana sini.. kisah budak kampung macam anak saya ni

Ada syarikat panggil untuk shooting (alhamdulillah)

 

X sayang kulit muka ka!!!

Sayang kak..Tapi nak buat macam mana dah dia terlalu minat

Selepas makeup saya akan pastikan dia cuci muka betul-betul (lepas bik gambar terus cuci)

Tq sudi nasihat inshaaallah kita doa yang baik-baik.

 

Nak praktis guna model dikk!!!

Ya memang nak.. Tapi nak ke model jadi kan muka diaorang untuk budak 11 tahun praktis

Bukan siang selalu makeup.. Malam.. ada ke yang sudi datang jadi model malam-malam kalau ada yang sudi datang laa

 

makeup x lawa mana pun!! Sk tu perbetul dulu sayang..!!!

Ya memang adik Iris x berapa cerdik n pandai sangat macam anak-anak/akak-akak.. tapi boleh laa... Pernah dapat tempat pertama dalam kelas masa darjah 4 (kelas kedua)

Pernah jadi ketua kelas

Sekarang jadi pengawas sekolah

Aktif aktiviti kat sekolah.. Coral speaking tiap-tiap tahun, lawan nasyid dan menang (alhamdulillah)

Aktif sukan (muka memang sunburn teruk) xda putih melepak macam dalam gambar

 

Entah pergi sekolah pun pakai makeup!!!! Usahlah dipikirkan nak cantik, aku tengok muka dia pun x sepadan umur.. Tapi bagi aku lah budak yang kat Sabah tu lagi ada talet!!!!

Pergi sekolah x makeup kak, bedak habuk pun jarang pakai..  

Keluar rumah p jalan-jalan sekadar bedak habuk n lipstik ja

Makeup tebal-tebal semua tu untuk review produk kak

Jangan bandingkan saya dengan orang lain.. Saya baru 11 tahun belajar pun kt YouTube ja

 

Jumpa orang kenal kat luar!!!!

Hmm.. Dah viral ko skrg!!! Bila nk masuk tv??? tv berapa??? TV8!!!! Senyum sindir

Makcik dia budak makcik.. Kalau masuk TV8 pun x kesah makcik!!! TV juga kan.. Tapi alhamdulillah dah dapat masuk TV3 borak kopitiam.. Walaupun hanya gambar (alhamdulillah)

Ya la makcik xpa.. Semoga anak-anak makcik berjaya.. Dunia akhirat.. Makcik pun ada anak perempuan kan.. Jaga mereka elok-elok ya..

Saya x pandai nak didik anak untuk jadi anak yang sempurna macam makcik.. Tapi insya-Allah saya akan usaha semoga dia jadi anak yang solehah berjaya dunia akhirat amin.

 

Orang sekarang pentingkan glamor/viral dari pelajaran!!!!

X minta pun untuk di viral kan sekadar hobi ja kak.. hilang kan stress

Tapi dah viral nak buat macam mana kan (alhamdulillah) rezeki masuk x henti-henti

Founder² produk ramai mesej bagi tawaran (alhamdulillah)

 

Down sangat saya sebagai ibu bila baca komen.. Salah kah saya????!!!! Sebab sokong apa yang adik Iris minat.

Ni cuma sedikit saja komen-komen yang saya jawab.. X mampu nak jawab mesej-mesej kakak-kakak semua satu-satu.. Jadi saya jawab kat sini ya.. secara ringkas..

Saya sebagai seorang ibu mesti la sedih kan bila jadi macam ni.

Terima kasih yang sudi support adik Iris.. X jemu-jemu doa untuk nya..

Terima kasih untuk nasihat.. Insya-Allah semoga semua baik-baik saja

Terima kasih untuk kawan-kawan yang hantar mesej x henti-henti.. Bagi semangat untuk saya kuat jangan down..

Nasib baik la budak Iris tak minat sangat dengan fb.. Kadang-kadang ja tengok.. tu pun ibu yang tunjuk kan.. N ibu la yang cerita kat dia sikit-sikit.. Apa orang cakap pasal dia tu pun yang baik-baik saja...

 

Sebelum live pun ibu yang uruskan semua..  

Xpa kakak ibu doa kan kakak berjaya dunia akhirat..  

X kesah lah orang nak kata apa..

 

Yang baik kita bersyukur

Yang kecam jadi kan nasihat dan kuatkan semangat.. Move on ok..

 

Bersyukur ada anak macam kakak Iris..

Bila ibu demam kakak lah yang jaga ibu dan adik-adik sampai sanggup nak minta cuti.. Xnk pergi sekolah sebab nak jaga ibu kat rumah

Padahal kakak lah yang paling teruk kena marah dengan ibu abah.. Walau pun kakak tak salah

 

By ibu Iris.. Yang x pandai didik anak

Terima kasih sudi baca sampai habis

Walau pun panjang lebar

 

#gambarrumahmasalepasbanjir

#kitabudakkampung

#bukandarikeluargaygsenang

 

Sumber: Facebook Iris Khairi

ARTIKEL BERKAITAN

'Saya belajar mekap daripada YouTube' - murid tahun 5 kini tular kerana bakat mekap umpama MUA