Siapa kata rumah flat kecil tidak boleh nampak mewah dan cantik. Hasilnya, lihatlah kediaman milik Cikgu Farid Saadul Baharim ini. Kreativiti, serta bijak menata rias dan menyesuai perabot dalam kediaman telah menjadikan pangsapuri biasa miliknya berubah menjadi kondominium mewah yang cantik.

Jika melihatkan gambar-gambar yang dikongsi beliau di facebooknya baru-baru ini, mata pasti akan terpaku dengan pemilihan warna yang melatari kediamannya.

Ditambah pula dengan susun atur perabot, hiasan dinding, kekemasan dan juga pemilihan jubin pada sesetengah ruang di rumahnya.

Tidap cukup dengan elemen minimalis yang ditonjolkan, guru Tabika Kemas Bunga Raya 4, Putrajaya ini, turut mengubah suai beberapa ruang agar nampak lebih menarik dan sesuai konsep.

Paling menarik, kombinasi warna hitam, putih dan kelabu yang menampakkan kediaman kecil miliknya tampak eksklusif dan mewan. Sekali pandang memang tak sangka ia sebenarnya sebuah kediaman pangsapuri biasa.

Saksikan kelainan yang ditonjolkan oleh cikgu ini….

“Rumah kita (Ateyn Nasuha) yang pertama..rumah apartment, teres tak mampu mahai sangat hehe tapi impian tetap ada..

Just sharing ideas to inspired everyone, alhamdulilah rezeki kami berdua selepas disatukan..

Saya bab deko-deko ni memang suka, ini design dan style yang saya minat.. Pemilihan tema hitam putih dalam rumah tidak salah cuma kena pandai main warna

Pemilihan selaras

Pemilihan perabot juga kena selaras dengan kehendak diri sama ada tema klasik, retro, tradisional atau moden...jangan bercampur.

Jangan terlampau banyak perabot, ikut keluasan rumah, jangan crowded sangat, pastikan ada ruang nak berlari-lari berkejar-kejar dengan isteri.  

Bajet? Terserah kepada diri sendiri. Total saya renovate rumah tak sampai RM10k (upah pekerja sahaja) kerana barang-barang seperti jubin lantai, sinki bilik air, pintu, sliding door dan sebagainya saya beli sendiri, survey di kilang-kilang jubin.

Wainscoting juga saya dan isteri saya buat sendiri dengan bajet RM250 sahaja berbanding upah orang buat sampai RM1,000. Yang mana boleh buat sendiri, saya dan isteri buat sendiri, bila dah siap rumah at least ada kenangan manis kita bangunkan rumah ni sama-sama… baru kita hargai setiap detik masa bersama.

Mampu milik

Renovate tak semestinya kena beli perabot atau barang mahal-mahal dekat kedai yang gempak… beli kedai biasa-biasa pun boleh, dekat eco, Mr DIY, Ikea (tengok barang ada yang berbaloi ada yang tidak) dan lain-lain… yang penting nampak mewah, elegan, stylish…

Tak salah kita belanja lebih sikit untuk rumah sendiri nak nampak selesa sebab benda ni permanent, untuk rumah kita juga, nak bagi selesa isteri, anak-anak duduk. Kita balik dari kerja penat-penat pun masuk rumah sedap mata memandang boleh rehat.

Buat ikut kemampuan diri dan sikit-sikit. Bulan ni buat kabinet, dua bulan lagi buat lain pula...biar barang murah beli kt eco pun boleh tp nampak mahal dan mewah, kena pandai pilih barang.

Rumah ni 95% saya yang design, isteri saya redho je la cam mana saya design. Masa buat rumah ni saya tak tunjuk pada dia pun, saya tahu dah siap baru bawa dia masuk rumah.

Alhamdulilah hajat hati suami ni nak sediakan tempat tinggal sekali gus harta dan aset buat tulang rusuk tercapai. Saya doakan pada yang lain yang masih dalam proses membeli rumah dipermudahkan segala urusan..

Rezeki dari ALLAH bukan dari tempat kerja atau pun gaji yang banyak, InsyaAllah pasang niat yang betul ALLAH permudahkan usaha kita..”

Pandangan Luar

Ruang tamu

Sebelum dan Selepas

Ruang menarik lain

Lorong ke arah pintu keluar, kat sini letak gambar kanvas family pula. Family lelaki dan perempuan, asal nak keluar je tertengok gambar family...tetiba terdendang lagu... Siti Nurhaliza Air Mata Syawal...nak keluar je nyanyi lagu tu...hehehe

Ni sebelah pintu masuk, ada tempat letak kunci dan board. Board tu untuk letak surat, nota, bil-bil yang wajib kena bayar...kalau tak bayar kena potong pula. Dua-dua tu beli dekat IKEA.

Sofa saya beli dekat kedai perabot biasa je. Asal nk beli yang jenis pvc tapi sekarang ni musim panas, nanti dah berpeluh melekit lagi. Jadi beli jenis kain, janji selesa. Ruang tempat duduk dia sebenarnya besar dia boleh duduk bersila atas tu. Bukan standard saiz yang setakat boleh duduk je. Memang nak cari jenis tempat duduk besar boleh duduk-duduk baring dengan isteri sambil tengok tv. Patung bantal dua ekor tu anak murid bagi, nampak tak cikgu hargai hadiah kamu letak dekat ruang tamu tu..

Sini pun letak gambar, kita orang dua ni memang tak penah jemu tengok muka masing-masing haha...dua-dua acah model...tapi bila masa tidur, dua-dua habis hilang muka model hahahaha. Satu lagi info di sebalik frame gambar ni, asalnya ada pintu bilik ke dua tapi saya tutup batukan, bilik tu saya buat almari pakaian dan dobi..saya pecah dinding dari bilik tidur.

Ni bukan buku ye. Saya ni peminat movie, suka collect DVD movie, dulu berangan nk layan movie dengan isteri sambil duduk atas sofa berdua ala macam cerita Korea tu, sekarang dah jadi kenyataan.

Memandangkan rumah agak kecil, nak beli meja makan pun mcm tak ada keperluan lagi, ye lah kami berdua je, ruang sempit sikit pula tu, jadi kami buat top table dan letak kerusi tinggi makan berdua.. Nampak tak ruang depan luas macam saya kata tadi biar ada ruang nak berlari-lari nak kejar-kejar dengan isteri? Hahahah

Tingkap tu saya tukar buat sliding dan buat tinggi lagi. Dulu berangan nak duduk rumah tingkat atas, tingkat 30 ke..pastu ada balkoni. Tapi dah umur macam ni tak perlulah cari tingkat tinggi sangat. Jadi apa-apa nanti jenuh nakk tunggu lif. So buat lah tingkap tinggi konon ala-ala macam ada balkoni.

Dapur paling penting. Saya memang suka masak, bini lagi bukan suka je tapi kena masak juga,?gilir-gilir la masak. Hari biasa dia masak, hari minggu bagi permasuri rehat pula...so penting dapur tu selesa. Simple but nice. Nak potong-potong sayur, ayam, daging kena tempat yang selesa. Tak pakai dapur gas, dapur letrik senang. Warna dapur kena terang kalau tak potong ayam pun tak nampak.

Sumber: Facebook Cikgu Farid Saadul Baharim

Artikel berkaitan:

Murid lain sibuk bungkus makanan dan balik rumah, murid ini capai penyapu bersihkan dewan

Kreatifnya cikgu… kaki lima sekolah kembali ceria dengan lukisan Hip & Hop Lane

Pelajar kelas belakang..cikgu ini kongsi enam kelebihan bagaimana nak ajar mereka

Guru Adiwira ini kongsi lapan tip, tarik minat belajar anak Orang Asli