Rutin kehidupan adakalanya menyebabkan kita lupa tentang hari akhir. Sedangkan hari akhir atau kematian itu merupakan satu peristiwa besar yang setiap dari kita akan laluinya.

Sepertimana firman ALLAH dalam Surah Ali Imran, ayat 185 yang bermaksud:  Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan balasan bagimu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya, dia memperoleh kemenangan. Ingatlah kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.

Disebabkan itulah setiap manusia itu perlu merancang hidupnya mengikut aturan ALLAH dan RasulNya. Sentiasa beramal soleh, berbuat baik sesama manusia, bersedekah, dan setiap inci hidupnya dipenuhi dengan kebaikan. Moga-moga pengakhiran itu kelak diakhiri dengan kebaikan dan sentiasa menjadi teladan buat mereka yang bernyawa.

Cikgu Ghani sudah tiada…

Gambaran itulah yang dapat digambarkan tentang pemilik tubuh bernama Cikgu Abd Ghani Haron, 63, bekas Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda, Kedah.

Program Sedekah Jariah baju sekolah

Bekas guru yang sering membuat kerja amal itu sering tular dimedia sosial sebelum ini, menerusi Projek Sedekah Jariah pemberian minyak petrol percuma, sumbangan beras kepada asnaf, sumbangan ke hospital, baju sekolah buat anak yatim, sumbangan kerusi roda dan terkini, pemberian beras 1500 kampit percuma.

Sumbangan ke hospital

Namun, sudah ditakdirkan perjalanan seorang insan itu, sekitar jam 5.30 petang semalam Cikgu Abd Ghani Haron telah pun kembali ke Rahmatullah di sisi isteri, Che Su Desa, 63, dan dua anaknya.

Sumbangan beras ke pusat tahfiz

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 19 Disember lalu, kerana jangkitan kuman pada tiub yang dipasang di tubuhnya untuk tujuan dialisis. Mengikut permakluman di facebook milik peribadi Allahyarham, jenazahnya disolat dan disemadikan di Masjid Albarakah Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, pada jam 10.00 pagi tadi.

Agihan beras sedang dilakukan

Kesedihan dirasai bersama

Syurga pintu sedekah

Moga saham pahala menerangi kuburnya

Kami saksikan kebaikan dan kebajikannya

Moga syurba buat Allahyarham

Aktif projek amal dan sedekah

Tidak terbalas jasanya Allahyarham

Pesanan terakhir

Bagaimanapun, Allahyarham Cikgu Ghani yang pernah bergelar pendidik selama 29 tahun itu sempat berpesan kepada isterinya sebelum ini, supaya sedekahkan 1,500 kampit beras lima kilogram pada hari jenazahnya dibawa ke masjid.

Pesanan dan amanat terakhirnya itu menyentuh hati ramai pihak. Malah, amal dan kebajikan yang dilakukan olehnya juga sudah cukup membuatkan ramai mula mengenali hati budi dan keluhuran hati Allahyarham Cikgu Ghani yang suka menolong orang.

Walaupun dirinya sendiri diberikan ujian kesihatan, namun Allahyarham masih mahu berjasa dan meneruskan amanah menyantuhi asnaf dengan amal dan kebajikan.

Antara perkongsian terakhir Allahyarham di facebook

Mulianya hati

“Saya mohon ampun dan maaf kepada semua friend atas segala salah silap saya. Sehubungan itu saya juga ingin memaklumkan agar semua sedekah jariah yang dibuat menerusi saya di hentikan kerana ketidakmampuan saya bergerak. Baki wang sedekah jariah yang ada akan diurus seterusnya oleh anak saya. Namun projek sedekah jariah barangan terpakai akan terus diurus oleh isteri dan anak saya.

Mulai hari ini saya akan cuba mengaktifkan fb saya macam biasa. Projek sedekah jariah berjalan seperti biasa, dikendalikan oleh anak saya dan isteri, kerana baki sumbangan yang masih ada, lagipun setiap hari ramai yang memohon bantuan. Tidak semua saya siar difb. Mohon ampun dan maaf”- Allahyarham Cikgu Ghani.

Apa kata mereka

Sedekah minyak motor

Hati mulia, sedekah hingga akhir hayat

Telah tiada... namun masih berjalan amal jariahnya

Banyaknya jasa Allahyarham

Tokoh Guru 2019

Berjiwa besar, rendah diri dan banyak berjasa kepada masyarakat ini juga pernah dilantik sebagai Tokoh Guru peringkat daerah Kuala Muda Yan Kedah sebelum ini.

Menerusi perkongsian Allahyarham di facebook pada 22 Jun lalu, Allahyarham bersyukur dan berbesar hati atas anugerah yang diperolehnya.

“Syukur saya dipilih sebagai Tokoh Guru daerah Kuala Muda dan Yan pada Hari Guru peringkat daerah tersebut. Saya sangat berbesar hati kerana terasa dihargai segala usaha selama ini,”- Anugerah Tokoh Guru Peringkat Daerah Kuala Muda Yan

Jasamu dikenang wahai guruku

Pernah mengajar saya subjek Sejarah

Cikgu memang hebat dan layak terima anugerah ini

Jasamu akan terus dikenang

"Ya ALLAH, ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah kesalahannya,"GPSBestari

Artikel Menarik:

Berat hati untuk sambung belajar rupa-rupanya keputusan seorang guru ini benar-benar berbaloi

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun hadapan

Anak masih lemah Matematik...cikgu ini kongsi 11 tip mudah mengajar murid Tahun Satu hingga Enam