PERKONGSIAN menarik Cikgu Muhammad Syauqi yang menjejaki (trekking) dan mendaki secara solo (hiking) selama empat hari ke Lembah Baliem, Papua baru-baru ini, bagi mendalami kehidupan sebenar suku asli Dani dan suku asli Yali.

Ikuti pengalaman beliau menerusi laman facebook Muhammad Syauqi.

1) Untuk trekking ke Lembah Baliem, aku perlu ke Wamena, Papua. Dari Malaysia, ada tiga flight yang perlu dinaiki. Kuala Lumpur ke Makassar. Makassar ke Jayapura. Jayapura ke Wamena. Umumnya, ada flight dari Jakarta, Bali dan Makassar yang terbang ke Jayapura (transit) sebelum ke Wamena.

2) Sesampainya di airport Wamena, aku berjalan kaki ke Pasar Missi dan di sini terdapatnya angkut (transport awam) untuk ke Sogokmo. Dari Sogokmo, aku menaiki satu lagi angkut ke Kali Yetni. Di sini, aku harus menyeberang sungai sebelum menaiki ojek ke Kurima, titik permulaan untuk hiking ke Lembah Baliem.

3) Jalur pendakian untuk ke kampung-kampung suku Dani dan Yali di Lembah Baliem boleh dilihat di dalam aplikasi offline maps.me yang dah aku download siap-siap di Malaysia. Namun, jalur pendakian ini adakalanya mengelirukan kerana hanya dibuat untuk memudahkan pergerakan penduduk kampung di sini menaiki dan menuruni lembah, bukan trek untuk pendaki mendaki gunung.

Di Sogokmo,tukar satu lagi angkut ke Kali Yetni.

4) Semasa trekking, kadangkala aku akan berselisih dengan penduduk kampung yang berjalan tanpa alas kaki sambil memikul barangan untuk dibawa ke pekan Wamena. Rajin-rajinlah bertegur sapa dan menguntum senyum dan bertanya sama ada arah yang dilalui betul atau tidak kerana terdapat banyak cabang-cabang pada jalur pendakian yang membawa ke kebun atau hutan yang tidak di tebas.

5) Aku tidak membawa khemah kerana biasanya di kampung-kampung, terdapat pondok kecil dua tingkat, ”honai” yang digunakan sebagai dapur di bahagian bawah dan tempat tidur di bahagian atas.

Honai ini menjadi tempat tinggal suku asli di sini. Rugi la kalau datang ke kampung mereka tapi tidak merasa tidur di honai bersama mereka. Ada juga rumah tamu disediakan. Jadi, boleh bertanya penduduk di situ dan meminta izin untuk menginap di kampung mereka. Ada sedikit bayaran dikenakan.

6) Penduduk kampung di sini biasanya hanya makan ubi yang dibakar dan sayur jadi selama empat hari hiking, inilah makanan yang aku makan di honai bersama mereka. Kalau perut kau jenis nak terima nasi lemak dengan ayam goreng je, maka lupakan niat untuk ke sini. Aku juga ada membawa instant food seperti maggi dan meminta air panas daripada mereka. Bawa lebih sikit, share dengan mereka.

Di sini permulaan hiking di Kurima.Jambatan gantung ini yang menghubungkan penduduk ke kawasan pergunungan.

7) Suhu di kampung-kampung biasanya sangat sejuk dan ada yang mencecah kurang daripada 10°c pada waktu malam kerana terletak di kawasan pergunungan. Jadi pastikan jaket dan sleeping bag yang sesuai dibawa bersama.

8) Lazimnya, tempoh masa trekking bergantung kepada kampung yang ingin dijejaki. Contohnya, untuk menjejak suku Yali di Yogosem, perkampungan yang berketinggian 2500 meter dari aras laut, perjalanannya memakan masa dua hari. Jadi, aku singgah di Kampung Ugem untuk tidur sebelum meneruskan perjalanan esok hari. Boleh juga tidur di kampung seperti Hitugi dan Yuarima yang akan dijumpai on the way ke kampung Yogosem.

9) Trek untuk ke Yogosem agak mencabar dan memacak. Ada bahagian yang mengelirukan dan aku tersasar dari laluan asal. Tempoh masa dari Ugem ke Yogosem jika dilihat di dalam maps.me mengambil masa kira-kira tujuh jam lebih tetapi aku terpaksa mengambil masa kira-kira sembilan jam kerana tersesat.

10) Sumber air untuk minum biasanya terdapat berdekatan dengan kampung. Boleh bertanya penduduk tempatan untuk “refill” air yang dibawa. Di beberapa tempat sepanjang pendakian, ada sumber air yang boleh diminum. Aku cuma membawa sebotol air mineral (besar) dan sentiasa “refill” apabila bertemu dengan sumber air di sepanjang pendakian.

11) Hati kena kering, hidup kena “simple” selama empat hari. Aku hanya bersendirian jadi apa-apa berlaku, kena tanggung sendiri. Aku ada terjatuh, menggelongsor hampir 50 meter macam tu sampai badan calar-balar dan luka-luka di tangan semasa tersesat dari laluan trek ke Yogosem, kaki dah lembik sebab dah tujuh jam trekking tapi alhamdulillah kuatkan mental dan fizikal untuk aku survive. Apa-apa, sentiasa ingat Tuhan dan panjatkan doa kepadaNya.

View dari Kurima ke Ugem.

12) Hormat cara hidup suku asli di sini. Tujuan aku menjejaki mereka untuk lihat cara hidup mereka. Life mereka sangat berbeza dengan aku, dengan masyarakat di Malaysia. Mungkin suku asli di sini dah moden sedikit pada cara berpakaian berbanding dulu, tapi hidup mereka masih tradisional.

Mereka masak masih pakai kayu api, potong kayu guna kapak. Ada antara mereka yang tak pernah makan nasi, tak reti makan maggi. Hanya ubi dan sayur.

Kadang-kadang kau nampak mereka tak beralas kaki berlari-lari, pijak tahi babi, masuk dalam honai. Dalam honai tu di sebelahnya juga ada kandang babi. Bila makan dalam tu, kau nampak babi sedang mendengus. Masa makan, tiba-tiba anjing masuk sebelah nak makan makanan dalam pinggan kau. Anak-anak kecil buang hingus, ludah macam tu je dalam honai. Kau nampak benda tu semua kotor. Tapi, hormati mereka, jangan perlekehkan mereka. Kerana, mereka juga manusia dan ada banyak perkara tentang “kehidupan” yang aku belajar apabila bersama mereka.

13) Tak ada bekalan elektrik, talian telefon atau internet di perkampungan mereka. Jadi selama empat hari ni memang terputus dengan dunia luar. Tapi, masa ni ambil peluang untuk dekati, rasai apa yang mereka alami. Waktu malam, mereka guna torchlight yang besar untuk terangi kediaman. Lampu tu mereka charge menggunakan solar panel yang dibekalkan kerajaan Indonesia. Itu pun baru lagi. Kata mereka, sebelum ini malamnya hanya unggun api yang digunakan untuk menerangi kegelapan.

14) Dalam honai tu kau akan tengok betapa bahagianya mereka semua. Walaupun makanan simple, life simple, tapi benda yang simple tu dikongsi bersama. Yang ayah dahulukan anak-anak makan. Dia siap cakap biarlah dia tak makan, yang penting keluarganya dalam tu kenyang.

Buka mata, jangan tengok part negatif sahaja, tengok benda positif yang boleh dipelajari daripada mereka. Kadang-kadang kita terlalu memperbesarkan hal remeh. Nak pakai baju apa hari ni? Baju tak matching dengan seluar? Sedangkan mereka berbulan-bulan pakai baju sama yang lusuh. Bahagia itu bukan tentang harta dan kemewahan, tapi kau terima seadanya apa di depan mata.

Honai,tempat masyarakat asli suku Dani dan Yali tidur dan memasak.

15) Jadilah “pengembara”, bukan “pelancong”. Kau takkan nampak orang menari keliling api ramai-ramai, berbogel dan hanya pakai “koteka”. Kalau itu “mindset” kau datang sini, sila buang jauh-jauh. Benda tu semua kalau kau nak, sila ikut travel agent. Dia tak bawa kau ke sini, tapi ke kampung yang “touristy”. Orang kampung dibayar untuk menari hanya untuk hiburkan pelancong, tetamu. Kau boleh tangkap beribu-ribu gambar yang kononnya “rare” tapi sebenarnya “fake”. Yang nak, terpulanglah. Tapi bagi aku, itu semua tak penting kerana aku mahukan pengalaman “natural”, bukan yang dibuat-buat hanya untuk tujuan pelancongan.

16) Kalau orang tanya best tak ke sini? Aku akan jawab best bagi siapa yang sukakan cabaran dan pengalaman yang lain dari lain. Suku asli Papua di pergunungan ni antara yang masih terisolasi dengan dunia moden. Jadi, sesuatu yang amatlah berharga jika dapat berinteraksi dan melihat sendiri kehidupan mereka. Mungkin Lembah Baliem ini antara tempat yang akan aku ingati hingga ke hari tua.

“Kadangkala, sesuatu tempat itu dirindui bukanlah kerana kecantikannya, tetapi orangnya.”

Sumber: Facebook Muhammad Syauqi

Bersama anak-anak di kampung Ugem.

Trek pendakian menuju Yogosem.

Di sepanjang pendakian,ada beberapa tempat untuk mendapatkan sumber air untuk diminum. Aku akan refill botol mineral semasa ini dan menyegarkan muka dan tubuh badan.

Di dalam honai di Yogosem.Api dihidupkan menggunakan kayu api untuk menghangatkan badan.

Aku ada bawa beberapa buku dan alat tulis untuk anak-anak di Yogosem.Ada la ajar sikit-sikit dia membaca.

Anak-anak seronok mendapat pensel dan pensel warna.Terus tak layan aku dah bila melukis.

Tidur di dalam honai bersama suku asli Yali.

Anak-anak Yogosem.

Penduduk kampung sedang bercucuk tanam.Ubi merupakan tanaman utama di sini.

Dari Ugem ke Kurima,aku tersilap masuk trek jadi termasuk kebun orang.Anak ini yang tunjukkan semula jalan keluar ke laluan trek yang asal.

Hari ke-4 setelah hiking dan trekking naik dan turun Lembah Baliem.Kali ini,aku duduk atas bumbung angkut pulang ke Wamena.

INFO

- Lembah Baliem merupakan lembah di pergunungan Jayawijaya.

- Lembah Baliem berada di ketinggian 1600 meter dari permukaan laut yang dikelilingi pergunungan dengan pemandangannya yang indah dan masih alami. Suhu bisa mencapai 10-15 darjah celcius pada waktu malam.

- Lembah ini dikenal juga sebagai grand baliem valley merupakan tempat tinggal suku Dani yang terletak di Desa Wosilimo, 27km dari Wamena, Papua. Selain suku Dani, beberapa suku lainnya hidup bertetangga di lembah ini yakni suku Yali dan suku Lani.

- Lembah adalah sekitar 80km panjang sebesar 20km dengan lebar dan terletak di ketinggian sekitar 1,600-1,700 m, dengan populasi sekitar 100.000 jiwa.

Sumber: Wikipedia

Baca ini:

Hanya seminggu, murid Tahun Dua ini sudah mampu kuasai semua subjek...ini rahsia ibunya buat

“Semoga ustaz sihat dan masuk syurga”- Ustaz ini sanggup menari demi murid Pendidikan Khas

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi