"SAYA dapat kuasai hati dan minda mereka, kelas terkawal dan murid rasa seronok...

Begitulah perkongsian Guru pendidikan Islam SK Seri Puteri, Batu Pahat, Aminah Mat Yusoff.

Mari kita ikuti dan hadam. Boleh cuba untuk murid dan anak.

++

Doa seorang guru yang murid sangat suka.

Kesannya, saya dapat kuasai hati dan minda mereka, kelas terkawal dan murid rasa seronok.

Dari awal tahun, doa inilah yang saya amalkan setiap kali masuk kelas dan sebelum keluar kelas. Mudahan ia diangkat oleh Allah SWT dan dimustajabkan tanpa hijab. Amiiin ya Mujeeb.

1. Doa sebelum mula kelas.

رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ

Surah Ibrahim ayat 40 dan 41:

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

 

رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لِى وَلِوَٲلِدَىَّ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ يَوۡمَ يَقُومُ ٱلۡحِسَابُ

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

Baca sekali maksudnya. Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid.

Keadaan kelas dan fokus murid sangat berbeza. Jelas tergambar keceriaan pada wajah mereka.

Melalui doa ini mereka tahu betapa besarnya harapan seorang guru untuk melihat murid-murid ini berjaya dan menjadi hambaNYA yang soleh-solehah.

2. Doa sebelum keluar kelas.

Ungkapan yang paling saya suka setelah selesai kelas.

"Terima kasih Ustazah Aminah..

Kami saaayanggg Ustazah Aminah..

Doakan kami jadi anak soleh dan solehah..

Berjaya dalam peperiksaan dan berjaya dunia akhirat"

Saya akan sambut..

"Ustazah pun saaayang anak-anak semua..

Ustazah doakan jadi anak soleh dan solehah,

berjaya dunia akhirat, berjaya dalam setiap

ujian dan peperiksaan yang akan dihadapi"

Ramai-ramai cakap Amiiin.

Seronok pandang wajah murid masa nie..

Mereka betul-betul ikhlas menerima doa dan harapan seorang guru.

Tidak mustahil, doa ini Allah terima jika setiap hari diulang-ulang oleh guru.

3. Anggaplah murid seperti anak

Apa yang kita mahu pada seorang anak, begitu juga harapan pada seorang murid. Hanya Allah yang tahu, mungkin asbab salah seorang dari mereka kita menjadi penghuni syurga Allah SWT.

4. Sangka baik

Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah diakhir ayat 222:

Sesungguhnya Allah suka orang yang sentiasa bertaubat dan orang yang sentiasa menjaga kebersihan.

Setiap kali lakukan kesalahan cepat-cepat lafazkan istighfar. Itu salah satu cara kita bersihkan minda, pemikiran dan jiwa. Allah akan sempurnakan segala hajat dan apa sahaja harapan kita.

Bersih dalam ayat di atas, bersih luaran dan dalaman. Bersihkan hati dari segala perasangka.

Sangka baik pada murid, murid juga akan sangka baik pada guru.

What you give, you get back

-Aminah Mat Yusoff -

#BicarakuKeranaAllah

#AllahSentiasaDhati

Artikel Lain:

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020

Jadilah ketua yang disukai, guru ini ada tipnya

Murid mengantuk dalam kelas...Cikgu Herryan Syah sediakan 11 idea menarik untuk guru-guru cuba

Cikgu Azlan kongsi tip mudah bina carta pai subjek Geografi

Cikgu ini kongsi cara hafal sifir dalam masa sehari - Murid-murid pasti dapat skor Matematik nanti