Mak ayah kalau tak kenal Allah hari ini, maka mereka tak boleh bimbing anak-anak mereka.

Anak-anak kalau tak kenal Allah, mereka akan jauh daripada Allah..

ADA satu kisah, seorang anak ni umurnya lingkungan dalam 12 ke 13 tahun. Bijak budaknya.. Periksa selalu cemerlang, tapi hari-hari mukanya tak ceria.. Kadang-kadang nangis lagi-lagi lepas waktu solat.

Ustaz nampak dia nangis, terus datang kenapa nangis ni.. Dia tak nak citer, dia tutup muka dia dengan tangan sambil kesat air mata.. Ustaz tanya lagi sambil gosok belakang dia (pelajar ni lelaki).. Ustaz cakap, adik mari citer kat ustaz kenapa adik nangis.. Dia terus pandang dan citer pada ustaz..

Pelajar ni pun citer, ustaz.. Saya rasa sedih sangat ustaz, sebabnya (sambil tersedu-sedu) setiap kali saya balik sekolah.. Dan masuk je waktu solat setiap kali, saya ajak mak ayah saya solat jemaah sekali.. Tapi selalu mereka berikan macam-macam alasan.. Bila ajak ayah, ayah cakap solatlah dulu.. Ayah nak siapkan ada kerja sikit ni.. Bila ajak mak, mak sibuk dengan business dia..

Kadang-kadang saya rasa tak tahu nak buat apa, dan apalah gunanya saya belajar rajin-rajin dapat keputusan cemerlang tapi bila saya tunjuk kat mak ayah saya.. Mereka kata, letaklah atas meja tu nanti mak tengok.. Mereka tak pernah sayang saya ustaz, dan dia sambung menangis.. Allahu.. Ustaz pun nangis masa tu..

Pelajar ni tanya, ustaz apa perlu saya buat ustaz untuk saya dapatkan kembali kasih sayang mak ayah saya.. Mereka tak pernah sayang saya dan mereka tak pernah kisah tentang saya.. Tolonglah saya ustaz..

Adik, (kata ustaz) Allah sayang adik!! Jeritan ustaz dengar satu surau tu. Adik kena banyak bersabar dan tabahlah. Mungkin inilah ujian yang Allah nak bagi pada adik.. Yang penting adik jaga solat, doa banyak-banyak moga Allah beri hidayah pada mereka dan buka pintu hati mereka..pelajar tadi ni terus peluk ustaz kuat-kuat sambil nangis tak berhenti..

Mak ayah yang ada anak, jangan pernah kurang pun kasih sayang pada anak-anak, bila mereka balik senyumlah mereka dan peluklah mereka.. Anak nak pergi sekolah berilah kata-kata positif dan doakanlah mereka setiap hari supaya mereka jadi anak yang bertakwa di sisi Allah.

Kalau anak ada masalah, bantulah mereka dan janganlah abaikan mereka, jadilah ibubapa full time dan bukan ibubapa part time.

Ikhlas,

Sidiq Ad’Din

Founder Seminar Syoknya solat.

 

Sumber: Facebook Sidiq Ad’Din - Pakar Motivasi Pelajar

- Artikel berdasarkan kisah benar seorang pelajar yang dikongsi oleh Pakar Motivasi Pelajar ini menerusi facebooknya.