PADA tahun 2018, beliau pernah dinobatkan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Cemerlang Peringkat Negeri Sarawak dari BTPN Sarawak. Jika dilihat dari hasil kerjanya memang selayaknya beliau menerima pengiktirafan sedemikian.

Encik Mohd Saifuddin Adanan merupakan anak kelahiran Langkap, Perak ditempatkan di SK Mata Parang pada tahun 2009 sebagai juruteknik makmal ICT.

Namun kini beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Komunikasi.

Memiliki sijil ICT dari Politeknik Ungku Omar Ipoh, beliau seorang yang amat meminati seni reka grafik.

Dengan bakat dan kemahiran yang dimiliki, beliau mampu menghasilkan buku program yang begitu cantik seolah-olah kulit buku penerbitan.

Menurut Saifuddin, beliau bukan sahaja menghasilkan buku program untuk sekolah sahaja malah pihak PPD Kota Samarahan dan JPN Sarawak turut meminta beliau menghasilkan buku program jika menganjurkan majlis.

Antara keistimewaan buku program beliau ialah ianya berbentuk 3D Pops Arts.

“Minat seni dari sekolah rendah, naik sekolah menengah masuk aliran Sains..tapi demi minat dengan seni sanggup ambik subjek tambahan seni utk SPM..” ujar Saifuddin bila ditanya akan minatnya terhadap seni grafik.

Menurut beliau lagi, selain buku program beliau turut melukis mural, poster, mereka bentuk banner, menghasilkan video media untuk pelaporan dan selayang pandang serta macam-macam hasil seni lain.

Beliau juga aktif sebagai fotografi peringkat sekolah, PPD dan juga JPN.

Suami kepada seorang guru yang turut berkhidmat di sekolah yang sama dan mempunyai seorang anak turut menyatakan rasa puas setelah melihat hasil kerjanya dihargai.

SUMBER: Blog Cikgu Emmet Menulis

ARTIKEL MENARIK

"Cikgu, ni parut kawan mak cucuh dengan besi panas.. hampir setiap malam saya tidur di bilik air"

Murid lain bersesak untuk pulang ke rumah tetapi dia bergegas ke surau untuk solat..Allahuakbar

Murid tahun 1 seronok dapat baju sukan baru..keprihatinan guru ini buat netizen menangis