SEMPENA keputusan peperiksaan UPSR diumumkan hari ini, ini sedikit perkongsian daripada Cikgu Emmet.

Bagi yang berjaya mendapat keputusan cemerlang tahniah diucapkan namun bagi yang kurang memuaskan, ini bukan pengakiran hidup anda.

Mari kita tengok pesanan Cikgu Emmet kepada ibu bapa.

Cikgu Emmet merupakan seorang guru dari Perak, namun telah berkhidmat lebih dua dekad di Sarawak.

++

Malu lah kawan-kawan kamu semua ada A... Kamu satu A takda... Dah lah macam tu.. Kamu bawa balik E pulak!!!! Letih ulang alik hantar kamu ke sekolah. Bukan makin pandai... Bodo* lagi adalah.....

Mungkin ini antara ayat yang keluar dimulut ibubapa yang agak emosi melihat kegagalan anak...

Ibu bapa... Mohon jagalah tutur kata... Ia adalah doa sebenarnya... UPSR memang penting tapi ia hanya permulaan... Masih jauh perjalanan hidup anak kita di dunia persekolahan. Jangan dicantas semangat belajar mereka dengan ayat-ayat 'membunuh' seperti ini.

Kalau kita geram sekali pun... Pegang bahunya... Pandang matanya.... Sebut dengan perlahan.... Walau apapun keputusan kamu... Kamu tetap anak ayah dan mama yang baik... Kami yakin kamu akan berjaya dalam PT3 akan datang walaupun tak berjaya dalam UPSR ini.

Kita sama sama buktikan... Kamu ada HARAPAN CEMERLANG NANTI. peluk dan usap kepalanya dan berdoalah....

Cikgu ni! Macamana cikgu mengajar.? Makin menurun peratusan cemerlang sekolah... Makin ramai yang tak Mencapai Tahap Minimun.... Apa cikgu buat datang sekolah? Makan gaji buta!!!!?

Mungkin itu yang keluar dari mulut guru besar yang marah akibat kejatuhan gred peratusan upsr sekolah dalam mesyuarat post mortem.

Tolonglah... Jaga tutur kata wahai pentadbir. Ucapkan terima kasih pada guru-guru... Mereka juga kecewa seperti pentadbir tapi mereka tiada kayu magis yang mampu mengubah nasib sekelip mata. Ini adalah usaha bersama.

Salam mereka..ucapkan terima kasih pada mereka... Cikgu... Kita dah buat yang termampu... Kegagalan ini adalah kejayaan tertangguh kita. Tahun depan kita rapatkan saf dan bangkit semula. Saya percaya... Cikgu adalah yang terbaik saya miliki cuma Allah belum izinkan.

Tahniah kepada yang berjaya...

Cuba lagi buat yang belum berjaya

Terima kasih cikgu atas usaha anda semua.

Allah rahmati anda.

 

Tinta peranti

Cikgu Emmet

Artikel Menarik:

Tujuh tugas yang perlu digalas oleh cikgu bila dilantik sebagai Ketua Panitia

Semakan keputusan UPSR dan PASR, 21 November ini

'Persiapkan emosi anak yang bakal ke Tahun Satu' - Cikgu ini bagi ayat pujuk 'baik punya'