NASIHAT saya sebagai cikgu kepada kalian ibu bapa, janganlah sesekali putus asa dan putus harap akan anak-anak kalian.

Siapa lagi yang mahu berikan motivasi dan semangat kepada mereka jikalau kalian sendiri sebagai ibu bapa pun sudah menyerah.

Andai kata gagal sekalipun dalam UPSR ini, anak kalian masih ada perjalanan yang jauh untuk ditempuhi. Mudah kata, terlalu awal untuk kalian mengaku kalah. Orang tua-tua kata, umpama sebelum berjuang sudah mengangkat bendera putih.

Pengalaman banyak mengajar saya sebagai cikgu.

Saya ada ramai murid yang bermula dari E. Tetapi akhirnya beroleh keputusan yang baik dalam UPSR sebenar.

Formulanya, jangan menyerah dan terus percaya!

Bayangkan jika saya menyerah terlalu awal, pasti gagal menanti di hujung nanti. Bukan sahaja murid-murid akan gagal, malah kita sebagai ibu bapa dan cikgu juga turut sama gagal.

Mungkin UPSR ini bukan rezeki anak kalian, teruskanlah dan tingkatkan lagi usaha. Dengan usaha, pasti kejayaan dan peluang akan lebih banyak yang terbuka.

Kuncinya, sama-sama kita berusaha. Jangan mengaku kalah. Dan banyakkan berdoa.

Sesungguhnya kefahaman dan kejayaan itu adalah milik Tuhan. Ia akan berikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Kita hanya mampu berusaha.

Tapi kena ingat, usaha dan doa perlulah seiring. Jangan sesekali dipisahkan.

Doa saya, moga berjaya buat kalian dan anak-anak kalian. Ini bukan perjuangan mereka seorang semata-mata. Ini adalah perjuangan kalian dan cikgu bersama.

Semoga berjaya!

Mohamad Hakim

Cikgu Matematik yang suka bereksperimen.

 

Sumber: Facebook Cikgu Hakim

ARTIKEL MENARIK:

'Mereka tak pernah sayang saya, ustaz' - warganet sebak bila dengar luahan pelajar ini

Tiada petua khusus, anggap al-Quran sebagai sahabat sejati - ini kata Farhatul, pelajar SMAP Labu

Hafal surah sambil siapkan aktiviti dalam kelas..gelagat murid tahun 3 undang rasa sebak ustazah