“KENAPA kamu tak makan tembikai.”

“Saya nak bawa balik cikgu.”

“La, habis la basah beg kamu nanti.”

Itulah cerita rakan guru tentang seorang murid yang mengutip buah tembikai RMT andai rakan tidak hadir ke sekolah.

Menurut rakan aku, murid ni memang dari keluarga yang susah. Dahulu RMT makan pada waktu pagi tetapi kini diubah waktu pada waktu rehat. Maka dapatlah makan di dalam kelas.

Jika ada rakan yang tidak hadir, maka diambilnya makanan untuk di bawa pulang. Baguslah begitu tiada pembaziran makanan. Cuma yang menyedihkan dia letak potongan tembikai di dalam beg. Habis lunyai tembikai tu nanti. Dia mungkin teringat adik-adik di rumah. Tak mengapa bawalah makanan pulang ye. Kami akan bekalkan bekas makanan nanti.

Demikian hantaran Cikgu Esmimi Elias dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pegang, Baling, Kedah menerusi facebooknya.

Dalam posting tersebut, Cikgu Esmimi turut berkongsi berkenaan kisah seorang guru dan pelitup muka.

Ini tulisnya...

Aku ada terbaca tentang seorang guru yang melihat pelitup muka anak muridnya kotor dan berjahit. Ada juga aku tinjau tadi, alhamdulillah semua yang pakai elok dan bersih.

Yang tiada kami takkan paksa beli andai murid itu dari kalangan keluarga yang miskin. Kalau ada stok kami akan berikan sahaja.

Ada yang minta dana cermin mata, akan diusahakan nanti. Apa pun datanglah ke sekolah seperti biasa andai sekolah tempat yang menggembirakan.

Insya-Allah kami akan bantu sedaya mampu. Yang infaq aku ucapkan ribuan terima kasih. Semoga kerja buat kita diredhai Allah.

Sumber: Facebook Esmimi Bt Elias

Artikel menarik:

Gara-gara murid sukar sebut huruf F, cikgu prasekolah ini masih lagi boleh senyum. Sabar ye cikgu!

Baru dua tahun jadi guru besar, cikgu ini terpilih meneraju sekolah antara paling padat di Malaysia