KEPERIBADIAN seorang murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara Perdana, Pulau Pinang telah menarik perhatian seorang guru, baru-baru ini.

Sikapnya yang ringan tulang, rajin dan suka membantu guru-guru ketika berada di sekolah, membuatkan Cikgu Azizi menulis sedikit catatan di laman Facebook (FB) miliknya, Cikgu Azizi.

Kerana catatan yang penuh makna itu, post tersebut tular dalam kalangan netizen.

Murid tahun 5, Muaz Amirsafwan Aznan diberi pujian ramai warganet kerana sikapnya yang terpuji itu.

"Moga istiqamah wahai anak. Ada ganjarannya. Aamin. In sya allah."

"Moga menjadi anak yang soleh..dan murah rezeki nanti dengan sikap ringan tulang."

"Bagusnya anak sape ni..Didikan mak ayah yang cemerlang."

"Semoga anak ini memproleh keberkatan di dunia dan di akhirat."

"Doa guru untuk anak muridnya mustajab insya-Allah. Inilah murid yang kita sayang."

Selanjutnya, kisah adik Muaz Amirsafwan seperti yang dikongsi Cikgu Azizi.

**********

Catatan 26 April 2019

Murid ini pelajarannya sederhana, tapi akhlaknya kelas pertama.

Setiap kali kelas Sains, murid inilah yang akan tunggu dan bantu mengemas makmal.

Kalau kelas waktu akhir, murid lain kalut nak balik, dia selamba tunggu bantu mengemas makmal.

Jika guru minta tolong, murid inilah yang laju menawarkan diri.

Bila dihulurkan ganjaran, dia menolak. Alasannya Ikhlas.

Semoga Allah memelihara dia, memberikan kebaikan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

Catatan 29 April 2019

Selepas post murid saya itu menjadi tular, saya terus menghubungi ayahnya dan memaklumkan mengenai hal itu. (sebenarnya saya risau apa persepsi ayahnya jika melihat post saya. Jadi saya maklumkan awal-awal padanya)

Panggilan saya disambut baik oleh ayahnya. Saya ambil peluang bertanya mengenai Muaz di rumah.

Ayahnya mengatakan di rumah, begitulah juga akhlak Muaz. Saya ucapkan tahniah padanya kerana mempunyai anak yang begitu baik akhlaknya.

Saya juga berkongsi tentang Muaz dengan guru sekolah. Ternyata, guru-guru lain juga merasai akhlak baik beliau.

Hari ini, saya bawa beliau berjumpa dengan Guru Besar sekolah saya En Nazri B Abd Hamid.

Muaz sebenarnya sedikit takut kerana selalunya murid yang dipanggil ke pejabat ni mungkin kerana ada masalah disiplin.

Tapi kali ini nyata berbeza, dia dipanggil kerana akhlak kelas pertamanya...

Umpama seorang ayah kepada anak, beliau meraikan dan melayani Muaz, menyuapkan buah mempelam harumanis kepada beliau, memuji tindakan Muaz dan akan jadikan Muaz sebagai contoh sahsiah terpuji kepada murid lain.

Sesuai dengan Fokus Sahsiah Terpuji sekolah, Muaz akan diangkat sebagai penerima Anugerah Sahsiah Terpuji semasa majlis Anugerah Kecemerlangan Murid pada bulan Jun nanti...

Pihak sekolah amat berbangga mempunyai murid seperti Muaz. Moga selepas ini akan lahir ramai lagi yang akhlaknya seperti beliau. Dan saya percaya sebenarnya ada ramai lagi murid sepertinya. Cuma jarang dihighlight..

Muaz Ikon Sahsiah Terpuji.

Alhamdullillah...Moga Allah jadikan zuriat dan keturunan kita berjaya di dunia dan akhirat.

Sumber: Facebook Cikgu Azizi

ARTIKEL MENARIK:

Murid lain bersesak untuk pulang ke rumah tetapi dia bergegas ke surau untuk solat...Allahuakbar

Luahan hati ibu murid tular kerana pandai bersolek..ini coretan khas buat netizen

Selipar lusuh dikutip lalu direka menjadi mainan sendiri...idea pelajar ini tarik perhatian netizen

Tak jadi marah bila tengok tulisan murid tahun 6, Cikgu Norashikin dedah siapa pemilik tulisan ini