Terharu dan bangga, Guru Bahasa Inggeris, SK Seberang Ramai, Kuala Perlis, Mohd Fazly Hafiz Yahaya apabila melihat seorang murid tahun dua mencapai batang penyapu dan penyodok sampah ketika murid lain sedang sibuk membungkus makanan dan berlari balik ketika usai majlis sambutan hari raya di sekolah itu.

Tindakan yang ditonjolkan oleh murid tahun 2 Amal, Ahmad Durrani Ahmad Shahdan ini begitu memberi kesan kepada sesiapa saja yg melihat. Sebagai seorang guru yang mengambil berat hal disiplin murid, guru tersebut berasa bangga bila ada muridnya yang menunjukkan pekerti mulia.

“Kejadian ini berlaku semasa sekolah kami sedang mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat 14 Jun 2019. Di akhir majlis, guru bertugas telah meminta murid untuk membersihkan dewan sebelum pulang. Dia dilihat paling gigih menyapu sampah berbanding murid-murid yang lain. Dia juga turut dipuji oleh sekalian guru yang melihat tingkahlakunya itu.

“Hari ini saya hadiahkannya sebuah kotak pensel sebagai tanda penghargaan. Saya tidak mengenali murid ini secara rapat, memandangkan saya tidak mengajar murid tahap 1 (tahun1, 2 & 3), cuma yang menarik hati saya untuk mendekatinya adalah perilakunya itu,”katanya kepada GPSBestari.

Menurut guru kelasnya, murid ini seorang yang aktif, suka menolong dan rajin bertanya bila ada sesuatu yang tidak di fahami.

“Tingkahlaku murid ini telah dimasukkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) oleh PKHEM yang kebetulan turut berada di tempat kejadian,”katanya.

Selain pendidik di sekolah ini, tindakan murni murid ini turut mendapat reaksi positif daripada warganet.

Semoga menjadi insan berjaya dunia akhirat, wahai anak soleh - Momo Berry

Alhamdulillah, semoga cemerlang di dunia & akhirat - Noraini Awang

Beruntung mak ayah dia ada anak mcm ni.. - Laila Zurina Paidin

Semoga membesar jadi anak soleh dan cemerlang dunia akhirat. - Yuhanis Yaacob

Alhamdulillah.. Sejuk perut ibunya ada ank mcm nie. Semoga membesar jadi anak soleh dan cemerlang dunia akhirat.- Noorhafizah Md Nasir

Cute orangnya.. semoga menjadi contoh yang baik kepada pelajar lain.. rajin di mana-mana.. Rajin di rumah ...rajin di sekolah.. rajin dalam segala hal yang baik - Izzany Kasim

Artikel berkaitan:

Kreatifnya cikgu… kaki lima sekolah kembali ceria dengan lukisan Hip & Hope Lane

Pelajar kelas belakang..cikgu ini kongsi enam kelebihan bagaimana nak ajar mereka

Guru Adiwira ini kongsi lapan tip, tarik minat belajar anak Orang Asli

Pelajar kelas belakang..cikgu ini kongsi enam kelebihan bagaimana nak ajar mereka

'Sini mak, Syikin kat sini, mak datanglah' - Gangguan satu suara buat Ustaz Malik dalam ketakutan

Lapan tip otak sihat, untuk jadi lebih bijak dan pandai