INI budak aku. Murid tahun 1. Adik Aaron Fahmi. Nama sedap, macam kacukan Filipina dengan Kelantan je gayanya. Tapi kisah sebenarnya, menyedihkan.

Ibu bapanya telah berpisah. Cerai hidup. Anak ini dipelihara oleh neneknya. Menurut guru kelasnya, dia budak pendiam. Bila pendiam tu belum tentu reti duduk diam.

Anak ini belum melunaskan bayaran persekolahannya. Guru kelasnya beritahuku.

“ Cikgu, Aaron ni satu sen pun belum bayar. Kesian budak ni cikgu.” Sayu suara guru kelasnya. Cikgu Puvaneswari.

Aku yang dengar lagilah sayu.

Aku memang tak boleh dengar benda gini. Kemiskinan, kelaparan dan kehausan jadi penghalang kepada kemajuan seseorang anak itu untuk belajar di sekolah.

Aku pun beritahu guru kelasnya, aku bayarkan. Guna dana daripada sumbangan yang aku perolehi.

Bersinar wajah guru kelasnya bila aku bagi tahu begitu. Mungkin tak percaya atau tanda lega taklah nanti kena bebel dengan pentadbir.

Tadi, aku belikan dia baju sukan yang baru. RM20 harganya. Dia seronok. Dapat baju sukan yang baru dan sama dengan kawan yang lain. Takdelah dia terasa terasing sangat.

Aku bukakan baju lama dia dan sarungkan baju baru. Aku sebak, dulu masa aku kecik, aku tak merasa begini. Kalau abah ada duit, abah belikanlah. Kalau tak, memang aku tak mintak. Aku tau abah memang tak de duit.

RM20 tu besar nilainya. Mungkin pada kau, RM20 tu sekadar segelas besar kopi Starbucks yang tak pernah habis kau minum. Betapa kau lupa apa itu syukur. Kau tayang-tayang dan bazirkan je.

Pada yang tak mampu, RM20 tu lepas beli beras 2 kilo, telur 15 bijik dan gula sekilo. Lepaslah, makan minum 3 kali mungkin. Mereka ini tak pernah tayang. Baik kat FB atau IG.

#NfI

#cikguPechey

- Gambar hening di suatu petang yang panas berdenting.

Sumber: Facebook Pe Chey

ARTIKEL MENARIK

'Conteng' iqra murid untuk beri tunjuk ajar..kiriman sekeping nota mengejutkan ramai

Kerana pukat tak dicuci..penunggu laut ikut pulang ke rumah

Kerana tak hafal sifir, guru ini kena maki oleh anak muridnya