′′ Jom bina istana pasir! Woozaa!"

′′ Err kita mandi kolam lah anak-anak. Hehe."

′′ Cikgu betul ke? Jom bina istana pasir! Woozaaa,”

′′ Errrr, ok.."

“Selepas beberapa ketika, saya mulai sedar, sebenarnya mereka tidak pernah pergi ke kolam renang atau ke tepi pantai,”jelas Guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sukang, Lawas, Sarawak, Muhammad Nazmi Rosli.

Saya perlu lakukan sesuatu untuk mereka. Menerusi topik Keluar dan Tentang Tahun Tiga, ‘bolehkah kita berenang?’

Saya membina sebuah kolam renang yang membiru dengan menggunakan 200 helai plastik berwarna biru.

Pada awalnya saya mencari kain berwarna biru di sekeliling sekolah untuk dijadikan air, tapi tiada.

Kebetulan, saya ada membeli plastik sampah berwarna biru, jadi saya gunakan apa yang ada sahaja.

Selesai pembelajaran, plastik tersebut saya lipat dan simpan semula.

Bercakap mengenai pembelajaran, menariknya projek tersebut, murid dapat berinteraksi, membaca, berbincang dan berkemahiran berfikir.  

Murid-murid diperkenalkan dengan peraturan yang ada di sekeliling mereka, membaca dan memberi kefahaman mengapa ia penting.

Malah, saya juga membawa murid untuk berbincang bersama tentang peraturan penting yang perlu mereka patuhi ketika berada di kolam renang.

Pada saat itu, mereka akan menghasilkan poster berdasarkan peraturan yang dibincangkan.

Dalam masa sama, mereka perlu menyampaikan sebab mengapa peraturan tersebut penting untuk dipatuhi.

Melihat mereka gembira, walau hanya dengan kolam renang buatan ini sudah cukup buat saya puas. Ia sangat berbaloi, sebab kesannya seperti kolam yang sebenar.

Lebih menarik, masing-masing siap bertuala, seolah-olah berada di kolam renang sebenar.