SERONOKNYA dapat lihat anak-anak dapat menyambut hari lahir dengan kawan-kawan di sekolah. Dah namanya kanak-kanak bukan? Riang mereka tak terkata.

Pada masa itulah mereka terasa sangat bahagia apabila rakan-rakan menyanyikan lagu hari lahir dan seterusnya meniup lilin serta memotong kek.

Mari kita hadam sedikit panduan dari Cikgu persis korea, Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang sambutan hari lahir anak di sekolah.

+++

Hari ini aku nak kongsi tentang sambutan hari jadi di sekolah. Apa yang boleh dan apa yang tak sesuai kau buat.

Zaman sekarang, ada satu budaya yang bagus (pada aku) bila murid menyambut hari lahir.

Kebanyakan ibu bapa bersedekah dan memberi hadiah pada kawan-kawan anak mereka di hari lahir anak mereka.

Kalau dulu, kita yang kena bagi hadiah pada birthday boy/girl. Zaman la ni, bila anak sambut hari lahir, ibu bapa akan bagi goodies bag kat kawan-kawan sekelas anak mereka.

Siap masak mee, nasi, kuih dan juga kek sambutan hari lahir. Hal ini tak salah. Boleh sambut di sekolah dengan syarat, minta izin pentadbir dan guru kelas. Itu syarat utama. Jangan masuk main redah sahaja.

Biasanya, pentadbir dan guru kelas akan benarkan. Sambutan biasanya dibuat pada waktu rehat murid. Malah, kadang-kadang guru-guru pun dijemput sama. Alhamdulillah. Rezeki.

Cuma aku nak bagi sedikit panduan untuk ibu bapa yang berhajat nak sambut hari lahir anak mereka di sekolah.

1. Minta izin pihak sekolah. Ini syarat utama. Memang ada yang jenis redah tanpa izin.

2. Berpakaian sopan. Pernah ada seorang ibu datang dengan kawan-kawan yang seksi-meksi. Hormat kak. Hormat peraturan sekolah.

3. Tak payah guna lilin untuk letak atas kek. Bahaya. Sebelum ada kejadian yang tak diingini, baik kita cegah awal, ye tak?

4. Bawa 'goodies bag' dan makanan secukupnya untuk murid kelas tersebut, dan sediakan juga satu untuk guru yang handle sambutan hari lahir itu.

Cikgu bukan lapar sangat nak makan, mereka boleh je makan kat kantin.

Tapi itu sebagai adab dan tanda menghormati guru yang sanggup tidak turun rehat dan handle majlis anak kita. Bantu agih hadiah dan sebagainya.

5. Healthy food, please. Tolonglah. Tolonglah JANGAN letak jajan dalam goodies bag. JANGAN!

Ramai parent suka letak jajan/cekedis atau junk food dalam goodies bag. Memang la budak-budak suka, tapi itu makanan tak sihat kan? Tak payahlah letak.

Budak-budak ni, bagi hadiah apa pun mereka seronok. Baik, aku bagi cadangan apa yang sesuai letak dalam goodies bag tu.

a) Air susu/milo kotak.

b) Epal, roti, muffin cake.

c) Alat tulis. Pensel, pemadam, pembaris.

d) Angpau. RM1 pun seronok sangat dah budak-budak.

Angpau untuk cikgu sekali. Sebaiknya letak 5 keping not RM100. Itu sebaiknya.

Tak lah. Aku gurau je bab angpau cikgu tu. Kau serius sangat dah kenapa? Tapi kalau nak bagi betul pun aku redhoooo.

Tapi point aku nombor 5 tu tolonglah kau ambil berat. Tolong sangat-sangat ya!

Ada orang berpendapat, budaya begini tak elok kerana murid yang tak mampu pula dengki lihat kawan mereka sambut hari lahir dengan grand dan meriah. Itu kata mereka.

Namun, aku berpendapat sambutan begini sangat bagus kerana :-

i) Menggalakkan budaya bersedekah.

ii) Merapatkan hubungan antara guru dan ibubapa.

iii) Murid dari keluarga kurang senang dapat hadiah dan makan yang sedap-sedap.

Pernah aku dengar murid-murid bercakap sesama mereka, "Bestlah sambutan hari jadi ni. Dapat hadiah. Kalau sambutan hari jadi ada setiap hari kan seronok."

Kan bagus begitu. Murid yang kurang mampu pun terasa mereka diraikan pada hari lahir kawan mereka yang agak berada.

Apa pun, terpulanglah pada pandangan kalian. Yang berhajat nak buat sambutan hari lahir anak kat sekolah, mohon hadam semua point aku.

Sekian.

#MFS

- Suka pergi menempel dan makan kek budak yang sambut hari lahir.

Artikel Menarik:

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Guru cemerlang ini kongsi tip lulus temuduga Tahfiz Model Ulul Albab

Tiga kantin sekolah ini menjadi sebutan hingga ke peringkat KPM, patutlah mereka menang anugerah

'Sikap Aiman hanya satu dalam seribu' - Guru luah rasa sebak bila Aiman buat ini padanya

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau