ENAM tahun ditempatkan di sekolah pedalaman tahap tiga bukan merupakan satu tempoh yang mudah untuk dilalui bagi seorang guru.

Di tambah pula dengan asal usul guru yang lahir di sebuah bandar yang terletak di Sarawak.

Namun demikian, dek kerana sedar akan tanggungjawab dan “Aku Janji” yang telah dimenterai sebelum menceburi bidang perguruan, membuatkan guru ini untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada anak watan yang jauh berada di pelusuk hutan.

Begitulah yang dihadapi Guru Adiwira Kebangsaan ( Wakil SARAWAK), juga Duta Guru Nadi Negara, Mason Maur Anak Changan.

"Banyak pahit dan manis yang terpahat untuk menceriakan tempoh perkhidmatan sejak mula ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Balang, Kapit Sarawak pada 1 April 2014.

"Hari pertama menjejakkan kaki di sekolah itu, murid agak takut sehingga lari semasa awal sampai. Tapi sekarang, menjadi kesayangan murid," ujarnya.

 

Kata anak kelahiran Sarikei itu, untuk menarik minat belajar murid, bukan sesuatu yang mudah.

"Tetapi, apa yang penting bagi saya, sebelum sesuatu pdPc berjalan, keadaan sekitar kelas haruslah terlebih dahulu diambil perhatian. Saya telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan kelas yang bercirikan PAK-21. Murid lebih berminat untuk belajar dan lebih bersemangat kerana kelas sentiasa bersih dan tersusun.

"Selain itu, kami turut mementingkan pencapaian murid dari segi ko-kurikulum. Bakat yang ada dalam diri murid di pedalaman tidak harus dipersiakan. Walaupun kami mempunyai kekangan dari segi kewangan dan keadaan jalan yang perlu ditempuhi untuk menghantar murid ke tempat pertandingan, itu bukan penghalang.

Cikgu Mason Maur bersama peserta ketika perlawan Scrabble Bahasa Inggeris peringkat  negeri.

Tempat ke tiga Anugerah Penari Lelaki Terbaik... Cikgu Mason Maur bersama murid di Pertandingan Tarian Melayu Tradisional Peringkat Daerah.

 

Kata guru bahasa Melayu dan prasekolah itu lagi, mereka telah berusaha mencari jalan penyelesaian demi mengetegahkan bakat murid.

"Dengan menggunakan duit saku sendiri, kami hantar murid menyertai pelbagai jenis pertandingan yang diadakan.

"Kami telah berjaya menghasilkan murid yang telah mewakili Pidato Piala KPM 2019, Scrabble Bahasa Inggeris 2019 dan Story Telling 2019 sehingga ke Peringkat Negeri. Namun, rezeki belum berpihak kepada anak-anak ini. Kami yakin, kejayaan itu pasti datang pada masa akan datang," ujarnya.

Katanya lagi, selaku warden di sekolah, beliau merasa tanggungjawab untuk memastikan murid tahu berdikari dan memiliki rasa tanggungjawab murid dalam menjaga kebersihan diri dan juga tempat bilik mandi.

"Usaha saya dalam mengarah murid untuk membersihkan bilik mandi mereka kerana berbau hancing mendapat pujian daripada Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di muka buku. Usaha begini memang patut diterapkan dalam murid agar mereka tahu berdikari dan ada rasa tanggungjawab dalam mereka.

"Saya berharap agar guru-guru yang dihantar untuk mengajar di sekolah pedalaman agar berkhidmat dengan ikhlas dan tidak mengira balasan. Saya yakin, Tuhan pasti akan menimbang segala kebaikan yang kita lakukan. Balasan yang diberikan mungkin kita tidak sedar dalam bentuk apa. Tapi, saya yakin, berkhidmat dengan hati ikhlas pasti membuahkan hasil yang baik dan kepuasan yang maksima," ujar guru muda yang baru berusia 29 tahun itu.

Aktiviti waktu petang bersama murid bagi mengisi masa lapang murid di pedalaman.

Aktiviti waktu petang bersama murid bagi mengisi masa lapang murid di pedalaman.

Aktiviti waktu petang bersama murid bagi mengisi masa lapang murid di pedalaman.

Cikgu Mason Maur bersama murid tahun enam.

Berdikari... Cikgu Mason Maur turut didik muridnya memiliki rasa tanggungjawab dalam menjaga kebersihan diri dan juga tempat bilik mandi.

Felycia Tingga, murid Tahun Dua sudah tahu menguruskan diri. Almari sentiasa kemas dan tersusun rapi. Semangat anak pedalaman ni menjadi kekuatan guru seperti kami dalam terus berdedikasi dalam mendidik mereka.

Murid diajar untuk menghasilkan barangan kraf daripada kulit siput atau buriek agar dapat menanam sifat bangga akan kraftangan Sarawak.

Pada waktu malam, murid akan datang ke rumah untuk ulang kaji bersama dengan guru. Kelebihan mengajar di pedalaman dan murid merupakan murid asrama memudahkan tugas guru dalam memberi bimbingan lebih kepada murid.

Artikel menarik:

Kerana longkang pra sekolah tersumbat, guru besar sanggup 'buat ini' - Ramai yang terkejut!

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Cikgu ini sebak terima sebatang lidi sate pemberian anak murid, rupa-rupanya...

‘Andai ada yang bertanya, tak nak ke tukar ke arus perdana...maaf, kami bahagia bersama anak syurga'

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma