Marah betul dia bila tudung sekolah yang dipakai menampakkan sedikit rambut.

Walaupun dia murid Tahun Satu, tapi si kecil ini cukup gelisah bila rambutnya dipandang rakan-rakan lain.

“Yang paling mengejutkan bila dia marah kawan lelaki yang melihat rambutnya…dan katanya jangan tengok, berdosa,” kata Guru Cemerlang Bahasa Inggeris, Cikgu Eda Haslina Adnan dari SK LKTP Selendang 4, Kuala Rompin Pahang kepada GPS Bestari.

Katanya, dia cukup kagum dengan anak didiknya itu.

“Hebat murid ini. Baru Darjah Satu, tapi dah tahu batas-batas aurat seorang wanita,” ujarnya.

Mari ikuti perkongsian beliau.

**********

“Teacher dia tarik tudung saya. Keluar rambut". Muridku mengadu.

“Mari sini teacher betulkan”. Aku panggil dia.

Budak kecik bukan reti nak baiki tudung. Kalau senget dari pagi, sampai tengaharilah senget tudung tu. Rambut pun berkeliaran di muka.

Sambil jalan sempat lagi dia marah kat budak lelaki yang pandang dia.

“Pejam mata. Jangan tengok rambut aku. Berdosa,” katanya.

Allahu. Budak umur tujuh tahun pun pandai jaga aurat.

Moga jadi wanita solehah nanti. Bagus didikan ibu bapanya di rumah. Dan juga didikan ustazah di sekolah.

Aku bawa dia ke bilik kosong yang berdekatan. Cabut tudung dan betulkan rambutnya.

MasyaAllah. Cantik sungguh budak ni. Putih melepak dengan rambut panjang ikal mayang.

Comel.

Sumber: Facebook Eda Haslina

Artikel menarik

Sanggup lompat pagar asrama sebab nak bantu keluarga, Cikgu Fadli sebak dengar alasan pelajar ini...

‘Cikgu...mahal tak harga buku ni? Saya bawa duit, ni duitnya 90 sen' - Cikgu Maria menahan sebak