Bersempena sambutan Hari Guru baru-baru ini, video berdurasi 0.17, yang menunjukkan remaja bernama Syazwan telah tersebar di twitter, gara-gara tariannya yang persis kumpulan Blackpink.

Menerusi twitter yang dikongsi oleh Aiman di twitternya, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle ini, telah membuat persembahan di hadapan guru dan rakan-rakannya.

Rata-rata terhibur dan telah mendapat tepukan gemuruh daripada warga sekolah.