SEMASA kunjungan saya ke SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur baru-baru ini, saya jumpa situasi rare ni.

Nama pendek pelajar ni Hau. Dia sedang menolong makcik kantin menjual roll dan ayam gunting. Apa yang rarenya?

Hau sama dan tak sama dengan pelajar lain.

Sama sebab semua pergi sekolah, semua dapat waktu rehat.

Tak sama sebab dia antara yang inisiatif. Masa rehat digunakan untuk aktiviti lebih bermanfaat dan praktis ilmu berniaga.

Waktu rehat digunakannya untuk bekerja dengan makcik kantin ni.

“Budak ni kerja part time dengan akak ke?”

“Tak la, dia volunteer”

Dalam hati berkata, bagusnya.

“Akak bagi dia upah ke?”

“Tak la dia yang nak tolong. Bapak dia kerja berniaga jugak. Nanti kalau dia nak makan apa dia just ambil sajela” tambah kak kantin tu.

Tersenyumku dengan situasi ni.

1- Walaupun Hau orang Cina, dia willing nak tolong makcik Melayu.

2- Peka dengan soal makanan, dia pakai glove dan serius dalam penyediaan makanan. (mungkin dia ikut nasihat kak kantin)

3- Meski pelajar sebaya, senior dan junior queue panjang, Hau tenang menyiapkan pesanan dan kekal senyum.

4- Tak ramai pelajar di Malaysia ni yang ada sikap-sikap positif begini. Pengurusan masa, kemahiran interpersonal dan kemahiran berniaga.

Mudah mudahan kita dapat mendidik anak-anak berdikari dan kuat menghadapi cabaran.

Sumber: Facebook Redzwan Azizan

- Cikgu Mohamad Redzwan Azizan

Merupakan tutor dan penceramah Matematik dan Addmath sekolah menengah

ARTIKEL MENARIK:

'Jaga hubungan dengan ALLAH dan manusia' - Muhammad Irham pelajar huffaz terbaik Selangor

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Ini cara paling seronok belajar Sejarah - Guru ini kongsi enam tip skor A subjek ini

Guru pakar Sains, Cikgu Zazolnizam kongsi tip mudah lulus Sains (MULUS) UPSR

Lonjak B dan C menjadi A - Guru Tahun Enam ini kongsi tip berkesan belajar saat akhir