PT3 2019 baru melabuhkan tirainya. Menyaksikan calon PT3 pelbagai sekolah seluruh Malaysia melakukan sujud syukur, tanda kesyukuran kepada ALLAH SWT. Tidak kurang juga, ramai yang berasa sebak dan terharu, semoga pelajar-pelajar ini beroleh kecemerlangan di dunia dan juga akhirat.

MRSM Mersing, Johor - Seramai 135 calon melakukan sujud syukur atas rasa syukur kehadrat Ilahi yang telah mempermudahkan segala urusan sepanjang PT3 berlangsung.

SMA Putrajaya - Sujud syukur selesai PT3 2019. Moga anak-anak ini diberikan kejayaan yang cemerlang oleh ALLAH SWT.

Sekolah Agama Daris, Sungai Petani Kedah - Selesai sudah peperiksaan PT3 2019, sujud syukur seusai tamat peperiksaan PT3.

MRSM Baling - PT3 melabuhkan tirainya. Tahniah kepada 186 pelajar MRSM Baling dan semoga meraih kejayaan. Teruskan perjuangan anda.

SM Sains Sultan Iskandar Mersing - Sujud Syukur sebagai pengakhiran PT3 2019. Semoga Kecemerlangan 10A menjadi milik pelajar-pelajar ini.

SMK Agama Miri - Sujud syukur selesai PT3. Semoga ALLAH merahmati semua pelajar  PT3 SMKAMi, dan memperoleh kejayaan cemerlang.

SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, Sarawak - Semoga hubungan yang baik ini mendapat rahmat ALLAH SWT dan pelajar-pelajar ini memperoleh keputusan yang cemerlang.

Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman, Sarawak - Murid tingkatan 3 melakukan sujud syukur selepas solat Zohor dan solat hajat menandakan tamatnya Pentaksiran Pusat PT3 2019.

Sekolah Menengah Sains Kuching Utara - Doa sudah, usaha sudah, istiqamah pun sudah. Hanya perlu tawakal kepada ALLAH SWT.  Alhamdulillah PT3 2019 telah berjalan dengan lancar bagi pelajar  Virtus1721. Semoga kejayaan menjadi milik anda semua.

Artikel Menarik:

Hebat betul Cikgu ni, hasil mekapnya bagaikan juru mekap kesan khas profesional

Sedikit perkongsian untuk cikgu yang ingin sandang jawatan guru besar/pengetua

Cikgu ini wujudkan kebun sayur depan rumah hingga buat ramai tak sabar nak petik

'Wah kemasnya almari kamu!' - Guru ini latih murid seawal tahun dua berdikari

Enam teknik mudah untuk pelajar skor A Matematik - Calon SPM pun boleh guna cara ini