Bercerita tentang zaman sekolah, pelbagai pengalaman dan kenangan di alam persekolahan akan menjengah fikiran. Sama ada pengalaman didenda, dirotan dan apa sahaja hukuman yang pernah diterima, mula terbayang satu persatu. Namun tidak satupun kenangan itu mencalarkan hati, sebaliknya ia dijadikan asam garam sebelum meraih kemanisan di penghujung kenangan.

Baru-baru ini seorang guru, asal Sabah berkongsi pengalaman beliau dirotan dan didenda oleh guru, namun tidak satupun ia mendatangkan amarah dan dendam dihati, apatah lagi mahu mengadukannya kepada ibu atau ayah. Sebaliknya guru bernama Mohd Hairi Nonchi ini, mengucapkan terima kasih cikgu, kerana mereka... guru muda ini bergelar CIKGU kepada ribuan pelajar.

Ikuti luahannya...

Hukuman yang pernah aku terima semasa di sekolah:

(1) Diarahkan MENGIGIT KASUT selama 1 jam sambil berkaki ayam di bawah cahaya matahari oleh GURU BAHASA INGGERIS. Sebabnya, tidak siap kerja rumah.

(2) DIBELASAH oleh USTAZ di hadapan khalayak ramai sehingga semua butang baju tercabut. Dia tuduh saya mengelak arahannya mengangkat tiang gol padahal saya mengelak daripada memijak bunga yang ditanam tepat di hadapan saya. Tambahan pula, lengan saya masih berbalut setelah menjalani operasi pembedahan pada minggu sebelumnya.

(3) DITUMBUK di bahagian belakang sehingga terduduk di tanah oleh GURU SEJARAH kerana lewat masuk perhimpunan. Punca kelewatan saya adalah membantu mengangkat barang-barang guru Bahasa Melayu ke bilik guru.

(4) Juga DITUMBUK di bahagian belakang oleh GURU BAHASA INGGERIS sehingga saya sukar bernafas. Puncanya, saya dituduh berbuat bising padahal rakan-rakan di sebelah yang melakukannya.

(5) DIMALUKAN di hadapan pelajar bahawa saya ialah murid yang paling kerap tidak hadir ke sekolah. Padahal punca kehadiran saya ialah ketiadaan kenderaan dan tambang bas ke sekolah.

(6) KEPALA DIKETUK DENGAN KAYU KERAS sebanyak beberapa kali oleh GURU BAHASA MELAYU kerana rakan lain berbuat bising.

(7) DIMALUKAN oleh GURU SEJARAH di hadapan pelajar kelas lain, kononnya saya hendak mengajari guru tersebut. Walhal saya hanyalah memberi cadangan pembaikan (secara tertutup) terhadap beberapa kaedah pengajarannya di dalam kelas yang dilihat kurang efektif. Tambahan pula, dia sangat jarang masuk ke kelas sehingga kebanyakan sukatan pelajaran gagal dihabiskan. Terbukti cadangan saya berhasil kerana saya satu-satunya pelajar mendapat gred A (4.00) mata pelajaran tersebut.

(8) DITEKAN supaya melunaskan yuran MUET sebanyak RM50 dan jika gagal melunaskannya saya akan dibuang sekolah. Padahal tempoh bayaran masih panjang dan saya benar-benar tidak berkemampuan. Namun akhirnya, saya menjadi pelajar yang mengharumkan nama sekolah kerana berjaya merangkul keputusan STPM terbaik di peringkat daerah.

(9) Lain-lain denda seperti rotan, jalan itik mengelilingi sekolah, tekan tubi dll itu adalah PERKARA BIASA.

Sekian antara beberapa bentuk dendaan yang pernah saya terima semasa di sekolah rendah dan menengah. Namun TIDAK ADA SATU PUN daripadanya yang saya laporkan kepada ibu bapa saya.

Alhamdulillah, hari ini saya adalah guru kepada ribuan pelajar. Terima kasih Cikgu!

Sumber: Facebook milik Cikgu Mohd Hairi Nonchi

ARTIKEL MENARIK:

Insiden guru rotan pelajar yang menggelarnya Cikgu Pondan, ini reaksi Dr. Maszlee

Guru ini kongsi 12 kelebihan masuk Tingkatan Enam, nombor tujuh pasti buat ramai tersenyum

Sejarah nama lima sekolah yang terkenal di Malaysia - Ini faktanya

Guru Adiwira PAK 21 ini guna lego dan Elemen 4K1N ajar MBK Masalah Penglihatan

Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya