Cikgu Mohd Esham Arafat Abd Mumin, Guru Pendidikan Khas Integrasi dari SK Tg Batu Keramat Tawau Sabah, bukan guru biasa-biasa. Guru asal Sabah yang baru 10 tahun bergelar pendidik ini, sebenarnya mengajar Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Hidup (kebun) dan Bahasa Melayu.

Menurut rakan beliau, yang hanya dikenali sebagai Dea Kashoorga, Cikgu Mohd Esham mempunyai bakat luar biasa. Dia bukan sahaja guru yang penyayang, penyabar dan disenangi oleh anak murid, malah mahir di dapur. Selain pandai memasak, guru kepada lima cahaya mata ini juga boleh membuat beberapa jenis kuih, roti, pizza dan kuih raya.

GPSBestari berpeluang menghubungi dan menemubual beliau. Menurut Cikgu Mohd Esham, minatnya dalam bidang masakan bermula setelah beliau dikurniakan seorang anak istimewa (sindrom down). Katanya, dewasa kelak, tidak ramai guru yang sanggup mengajar dan mendidik anak-anak istimewa ini memasak.

"Sebagai ayah… tidak salah rasanya jika saya menceburkan diri dalam bidang masakan, dengan cara tu dapatlah saya memberikan pendedahan kepada anak-anak tentang ilmu di dapur. Mereka pun seronok bila lihat 'chef papa' beraksi di dapur. Masa tu, mulalah banyak tangan yang akan membantu.

“Saya banyak mengikuti kursus-kursus memasak yang dianjurkan oleh pihak swasta, dan kerap juga ke Semenanjung untuk tujuan itu. Kemahiran terbaru saya, adalah membuat kek.

“Baru-baru ini di sekolah, saya turut terlibat dengan aktiviti membuat kuih raya almond london bersama anak-anak Pendidikan Khas. Program tersebut adalah bersempena ‘Program Ihya Ramadan’ yang kami anjurkan setiap tahun. Respon murid, mereka nampak teruja membuat kuih raya, dengan cara ni sedikit sebanyak dapatlah tanamkan keyakinan dalam diri mereka,”katanya kepada GPSBestari.

Tambah Cikgu Esham lagi, mengajar anak-anak syurga ini memberikannya satu ketenangan yang tidak dapat digambarkan. Malah, dengan menganggap anak-anak ini seperti anaknya sendiri, ilmu yang disampaikan akan lebih mudah diterima.

“Keluarga saya juga sangat menyokong minat saya dalam dunia masakan. Antara menu yang sering diminta oleh keluarga, isteri dan anak-anak adalah, ayam masak kicap, ikan tiga rasa, ikan mangga thai dan yong tau fu,”katanya.

Ikuti perkongsian Cikgu Dea Kashoorga tentang Cikgu Mohd Esham di Page Kami Guru Malaysia.

Ini cerita seorang rakan guru saya… Guru Kelas Pendidikan Khas. Sungguhpun dia seorang guru lelaki, tetapi bab masak memasak, buat kuih, biskut dan apa sajalah aneka juadah, selalu dia sajalah yang kami jadikan leader..

Dalam kelas Pendidikan Khas pembelajaran ada subjek Kemahiran Hidup Komponen Masakan. So dalam 2-3 hari dalam minggu ini kami buatlah aktiviti Projek Kuih / Biskut Raya.. So memang sah-sah la cikgu ni yang jadi masterchef..

Cepat je jari-jari kasarnya mengadun mentega, tepung dan lain-lain bahan biskut tu.. Kami ni yang perempuan-perempuan ni memerhati je la ( maklum lesu memasak dan sahur awal - 3 pagi.. Hehe )

Bahan-bahan lain orang belikan, tapi dia yang olah jadi biskut raya.. Hari ni katanya nak buat Almond London. Tapi kerana tiada kacang badam, yang ada cuma kacang tanah tiada kulit, so dia kata kita buatlah Biskut Kacang Tawau.. ( haha.. Suka dia jak kan..)

Seorang bapa yang punyai seorang anak istimewa, cikgu ini converted opsyen aliran perdana ke aliran Pendidikan Khas.. So kira dia ada pengalaman menjaga anak-anak istimewa.. Anak-anak dalam kelas pun suka dengan dia.. Payahlah nak dengar suaranya menjerit, orangnya penyabar dan suka berjenaka.

Apa yang membanggakan kami, dia seorang yang berbakat memeriahkan majlis, sebutlah jadi MC program hari guru ke, majlis hari lahir ke pasti meriah.. Tetamu pun suka..

Isterinya bertugas di sekolah menengah, tapi memang sangat beruntung sebab cikgu ni bukan saja rajin di sekolah, malah turut rajin memasak, buat kuih di rumahnya.. Betul-betul la seorang bapa mithali.

Artikel Menarik:

Daki gunung untuk hantar laporan, tindakan sekumpulan guru ini wajar dipuji

Walau terpaksa tahan sakit, ditahan lapan hari di wad… guru ini tetap tanda kertas

Apapun warna kulit dan agama yang dianuti, saya tetap bantu - Luhurnya hati cikgu ini

Niat nak bantu pelajar, tak sangka dapat anugerah - Dr. Maszlee pun puji cikgu ini di fb

Hujan lebat, guna plastik sampah balut anak - Guru pedalaman ini kongsi kisah sesat dalam hutan